(SEMASA) Castrol menganjur cabaran ‘Castrol Game Changers’ yang menawarkan hadiah pakej percutian ke Liga Perdana kepada para pemenang

Spread the love

KUALA LUMPUR, 7 Disember 2022 – Castrol, salah satu syarikat pelincir terkemuka di negara ini, menganjurkan cabaran ‘Castrol Game Changers’ pada 3 Disember 2022 di Tropicana Golf & Country Club. Cabaran itu menyaksikan pemilihan dua juara berjaya memenangi percutian yang ditanggung sepenuhnya ke England dan dua tiket setiap seorang untuk menyaksikan perlawanan Liga Perdana (PL) pada 2023. Kerjasama global Castrol dengan PL meningkatkan lagi keterlihatan Castrol di kalangan khalayak antarabangsa yang lebih luas, membakar semangat para peminat bola sepak dan automobil.  

Cabaran tersebut terbahagi kepada dua fasa. Fasa pertama Castrol Race Off menyaksikan Meor Razzi Rizal Bin Meor muncul juara dengan masa terpantas memenangi dua tiket untuk menyaksikan perlawanan PL di England pada tahun depan. Meor Razzi Rizal Bin Meor telah bersaing dengan dua puluh pasukan yang terdiri daripada 40 peserta yang berjaya melayakkan diri selepas melalui proses pemilihan pada Mei hingga September. Setiap pasukan dikehendaki memilih seorang ahli pasukan mereka untuk berlumba dengan ahli pasukan lain dalam perlumbaan simulator pemanduan. Dalam fasa seterusnya, Castrol Kick Off menyaksikan Lim Choo Leong berjaya memungut mata tertinggi pada pusingan itu, memenangi dua tiket terakhir yang ditawarkan. Bagi menghargai usaha mereka, naib juara fasa Castrol Kick Off telah dianugerahkan dengan jersi Liga Perdana yang ditandatangani.

“Kami berasa sangat gembira kerana dapat memberi hadiah kepada dua pemenang kami dan rakan mereka untuk merasai sendiri pengalaman menyaksikan perlawanan PL secara langsung, suatu peluang yang hanya datang sekali dalam seumur hidup. Ia bakal menjadi satu peristiwa penting kerana juara kami dari Malaysia ini akan menyertai para pemenang dari negara-negara lain untuk menikmati perlawanan itu pada tahun depan,” kata Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia & Singapura, Keow Mei-Shan.

Kerjasama Castrol-PL telah diumumkan pada penghujung 2021; dan disemarakkan lagi oleh semangat jenama pelincir automotif itu terhadap bola sepak serta kejayaan kerjasama sebelumnya dengan pertubuhan lain seperti Piala Dunia FIFA dan Kejohanan Eropah UEFA. Dengan jumlah penonton televisyen lebih 3.2 bilion di seluruh dunia, PL adalah liga bola sepak yang paling ditonton di dunia – dengan purata kehadiran lebih daripada 38,000 peminat tegar di stadium serta 634 juta penonton global bagi setiap perlawanan.

Dalam tempoh beberapa bulan yang lalu, kerjasama Castrol-PL turut menyaksikan penganjuran beberapa aktiviti, bermula dengan Castrol X PL Rover, yang telah berkunjung ke 16 lokasi utama di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran mengenai cabaran Castrol Game Changer. Susulan daripada aktiviti jelajah tersebut, Castrol turut menganjurkan dua pertandingan digital iaitu Castrol PL Moment & Castrol PL Bi-weekly Quiz, yang menyaksikan para pengguna membuat hantaran detik bola sepak yang paling diingati mereka dengan #CastrolPL.

“Castrol Malaysia berjaya mencatatkan beberapa pencapaian pada tahun ini dengan kerjasama PL kami, ulang tahun keempat Castrol Hari Mekanik Malaysia, dan ulang tahun ke-20 Castrol Auto Service (CAS) di negara ini, antara lainnya.  Kami berasa sangat gembira kerana dapat berinteraksi dengan para pengguna kami menerusi acara ini dan berharap untuk terus berhubung dengan mereka menerusi aktiviti baharu di masa depan,” ujar Mei-Shan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *