(SEMASA) CLEAR Membantu Pengguna Untuk Menyerlahkan Segalanya Dengan Lebih Berkeyakinan

Spread the love

CLEAR_Images6

Pengguna kini boleh mengucapkan selamat tinggal terhadap kelemumur yang tersembunyi di antara celah rambut mahupun di hujung bahu yang menjejaskan penampilan. Dengan ini, CLEAR telah melancarkan teknologi terbaru untuk merawat dan menghalang pertumbuhan semula kelemumur termasuk menyuburkan rambut dan kulit kepala untuk kesan perawatan yang berpanjangan. CLEAR juga menampilkan wajah baru untuk CLEAR Women dan CLEAR Men – kini jenama syampu lelaki nombor 1 di dunia**. Di samping itu, CLEAR juga menggalakkan  pengguna untuk tampil lebih berani dan berkeyakinan ketika berada di khalayak ramai.

CLEAR_Images5

Para saintis Unilever telah memperolehi penemuan saintifik yang membuktikan bahawa kelemumur sebenarnya boleh memberi impak negatif terhadap keyakinan seseorang dalam pelbagai cara. Masalah kelemumur yang muncul semula selepas cucian adalah satu keadaan yang menganggu 9 daripada 10 orang pengguna – wanita dan lelaki – dan mereka yang terganggu dengan isu ini akan menggunakan pelbagai cara untuk menyembunyikan masalah ini, sama ada dengan menggenakan pakaian yang bewarna lebih terang, memakai topi atau penutup kepala, semata-mata ingin berusaha mengelak orang di sekeliling daripada mengenalpasti masalah kelemumur yang dihadapi oleh mereka.

“Kami percaya setiap orang mempunyai potensi dalam diri mereka yang boleh ditonjolkan, dan apabila kelemumur menjadi masalah utama  yang melemahkan tahap keyakinan diri, ia tentunya menganggu prestasi untuk mengembangkan potensi diri anda. Sasaran CLEAR adalah untuk memotivasikan para pengguna supaya lebih berani berdepan dengan segala cabaran dengan yakin tanpa merasa terganggu dengan masalah kelemumur kerana CLEAR mampu menyuburkan kulit kepala untuk perlindungan berterusan termasuk menghalang kemunculan semula kelemumur,” kata Phoenix Ho, Pengurus Jenama Penjagaan Rambut, Unilever Malaysia.

Teknologi CLEAR baharu menyuburkan kulit kepala untuk perlindungan berterusan.

Lapisan kulit kepala boleh dijejaskan menerusi tekanan psikologi dan persekitaran, yang membenarkan pertumbuhan kulat yang dikenali sebagai Malassezia untuk membiak di permukaan kulit kepala, melemahkan sistem ketahanannya dan kemudian menyebabkan sel kulit mati gugur secara tidak normal. Ini mengakibatkan masalah kelemumur. Kebanyakan syampu anti-kelemumur yang ada di pasaran telah diformulasikan dan fokus utamanya adalah untuk mengatasi Malassezia yang dikatakan sebagai punca pengguna menghadapi isu kelemumur. Teknologi CLEAR yang baru bagaimanapun mampu memberikan kesan bukan sekadar mengatasi masalah kemelumur, tapi ia juga membantu pengguna mendapatkan rambut dan kulit kepala yang lebih subur untuk perlindungan berterusan.

AntiHairFall (1)-horz

Menerusi kajian yang telah dijalankan selama 15 tahun di institut kajian kulit kepala di Paris, Perancis, teknologi terbaru CLEAR adalah rangkaian produk penjagaan rambut yang paling komprehensif termasuk syampu yang  terbukti secara klinikal. Malah, penemuan formula baru itu membantu mengaktifkan lapisan perlindungan kulit kepala secara semulajadi selain membantu menghalang pertumbuhan semula kelemumur. CLEAR memahami keperluan yang berlainan untuk rambut lelaki dan wanita, dan telah memformulasikan penyelesaian secara spesifik dalam mengatasi masalah rambut mereka.

AntiHairFall-horz

Diformulasikan dengan Nutrium 10, kandungan nutrien penyuburan yang unik dan hebat, teknologi CLEAR terbukti mampu meningkatkan tahap kesuburan kulit kepala, membantu mengekalkan sistem perlindungan dan memberi kesan efektif dalam membasmi masalah kelemumur. Selain itu, ia juga terbukti secara klinikal membantu untuk mengekalkan lipid, struktur komponen sel membran yang paling diperlukan untuk kulit kepala yang sihat. CLEAR Women adalah perawat Anti-Kelemumur yang terbaru yang tidak lagi tertumpu hanya untuk membasmi Malessezia, tetapi juga membantu mengekalkan kesihatan dan menyuburkan kulit kepala untuk perlindungan berterusan.

Sebaliknya, kulit kepala lelaki lebih cenderung dengan masalah kelemumur kerana cara hidup yang berbeza, dan persekitaran. Dalam aspek fisiologi, kulit kepala lelaki lebih banyak menghasilkan sebum dan lebih cenderung kehilangan protein berbanding wanita. Pakar Kulit Kepala CLEAR Unilever telah menghasilkan formulasi spesifik untuk kaum lelaki dalam membantu mereka mengatasi masalah ini. Ia mengandungi Bio Nutrium 10 yang memanfaatkan kuasa Climbazole, bahan aktif yang dihasilkan oleh Unilever yang tidak cuma membasmi kelemumur dari akarnya, tetapi juga mampu meningkatkan penghasilan protein, keperluan utama dalam memiliki sel kulit kepala yang lebih kuat bagi membantu meningkatkan kemampuan perlindungan kulit kepala.

Wajah-wajah ikon antarabangsa CLEAR: Miranda Kerr dan Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo begitu sinonim dengan jenama CLEAR Men dan  sering ditonjolkan dalam kebanyakan kempen dan iklan produk ini selama 6 hingga 7 tahun. Persona Ronaldo menyinarkan sifar berkeyakinan, yang juga merupakan mesej yang ingin disampai oleh jenama CLEAR. Miranda Kerr, peragawati terkenal antarabangsa, juga menonjolkan sifat berkeyakinan yang dikagumi ramai, and oleh itu beliau telah dipilih sebagai wajah baru untuk rangkaian produk CLEAR Women. Sama seperti Ronaldo, Kerr akan memulakan kempen iklannya secara global dan berkongsi inspirasi terhadap CLEAR dan rahsia di sebalik rambutnya yang sihat menawan bersama  semua wanita di seluruh dunia.

Ejen Berkeyakinan CLEAR : Shaheizy Sam dan Juliana Evans

Shaheizy and Juliana merupakan aktor dan aktres berbakat dan popular tempatan dan tidak hairanlah mereka mendapat kepercayaan untuk dilantik sebagai Ejen Berkeyakinan CLEAR untuk memberi inspirasi keyakinan kepada pengguna. Kedua-dua personaliti ini cukup dikenali dengan kejayaan dan minat mereka dalam bidang yang diceburi, Shaheizy dan Juliana menggalas tanggungjawab untuk memberi inspirasi kepada pengguna agar tidak menjadikan masalah kelemumur sebagai penghalang utama untuk  mencapai impian mereka.

“Terdapat banyak rintangan dan halangan termasuk cabaran yang terbentang di depan ketika kita berusaha  untuk mencapai impian kita. Tentu sekali kita tidak mahu masalah kelemumur menjadi isu utama yang menhalang kita untuk mencapai impian. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati, dan kerana itu saya mengamalkan penggunaan syampu CLEAR Anti-Kelemumur sebagai rejim harian saya. Ia menjadikan kulit kepala saya lebih sihat dan bebas daripada masalah kelemumur,” kata Shaheizy.

“Dalam menjalankan tugas harian, rambut kita sentiasa digayakan dengan pelbagai cara dari produk yang berlainan dan ia tidak sihat untuk kulit kepala. CLEAR adalah pilihan saya kerana ia menyuburkan kulit kepala anda dengan bantuan segala nutrien yang disediakan, menjadikan kulit kepala anda lebih sihat dan rambut anda juga akan kelihatan lebih menawan,” kata Juliana.

Cabaran untuk meningkatkan tahap keyakinan pengguna tempatan dan antarabangsa

Menerusi pelancaran ini CLEAR dalam misi untuk menjana keyakinan dan memberi inspirasi  kepada pengguna agar mereka tidak lagi menyembunyikan potensi diri kerana mengalami masalah rambut. CLEAR telah melancarkan inisiatif di peringkat dunia untuk meraih 2 juta pengguna yang berikrar untuk kembali berkeyakinan menerusi penggunaan syampu CLEAR.

Kempen ini juga telah dilancarkan di Malaysia, di mana CLEAR mencabar pengguna-pengguna tempatan untuk membuat ikrar yang sama. Bermula dari 12 Mei hingga 12 Julai, pengguna boleh melayari laman web https://www.clearmalaysia.com/bareitall/ , memuat naik imej terbaik mereka di dalam ruang yang disediakan dan menghantar penyertaan sebagai ikrar mereka untuk menjadikan syampu anti-kelemumur CLEAR sebagai rejim harian. Rangkaian CLEAR terbaru kini boleh didapati di semua farmasi, pasaraya dan kaunter jualan di seluruh negara.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *