(SEMASA) Clorox® Menyumbang Produk-Produk Pembersihan dan Pembasmi Kuman untuk Ribuan Mangsa Banjir

Spread the love

Kuala Lumpur, 20 Februari, 2023 – Hujan yang berterusan sejak kebelakangan ini telah menyebabkan banjir sehingga memaksa ribuan keluarga di Johor berpindah[1].  Kira-kira 5,000 mangsa banjir telah dibawa ke 51 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Bencana banjir yang berlaku telah memberi kesan yang besar terhadap kewangan dan emosi keluarga dan individu terbabit dalam membina semula dan meneruskan kehidupan mereka.

Memahami impak besar terhadap mangsa banjir yang kembali ke kediaman masing-masing, Clorox Malaysia telah menyumbang produk-produk pembersihan dan pembasmi kuman bernilai lebih RM25,000 yang merangkumi Clorox Disinfecting Bleach, Clorox  Disinfecting Wipes dan Clorox Disinfecting All Purpose Cleaner menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman selepas banjir adalah penting kerana air banjir berisiko membawa penyakit-penyakit berjangkit seperti leptospirosis, kolera (taun), tifoid (demam kepialu) dan Hepatitis A.

Clorox telah bertapak dalam dunia penyelesaian pembersihan dan pembasmi kuman sejak tahun 1913. Clorox Bleach adalah jenama peluntur No. 1 di dunia dan telah dipercayai sekian lama untuk membunuh 99.9% kuman. Kenyataannya  adalah berdasarkan data dan produk yang telah diuji serta dicuba oleh profesional dan pengguna di rumah sebelum pandemik melanda.

“Seperti biasa, air, sanitasi dan kebersihan (water, sanitation and hygiene – WASH) adalah penting bagi mangsa-mangsa banjir yang kembali ke rumah untuk merasa diri mereka mengawal keadaan sambil membersih dan membina semula kehidupan. Kami berterima kasih kepada Clorox Malaysia kerana menyumbang produk-produk pembersihan dan pembasmian kuman ini yang juga merupakan sebahagian daripada kit kebersihan yang diberikan kepada mangsa banjir,” kata En. Muhammad Fauzie bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah, NADMA.

“Kami amat gembira kerana berpeluang untuk membantu usaha berterusan NADMA. Kami juga terkesan dengan kemusnahan yang disebabkan oleh banjir dan ingin menghulurkan bantuan dalam sebarang cara yang kami mampu,” kata Monique Gonzales, Ketua Pemasaran Asia Tenggara, The Clorox Company.

Beliau menambah, “Rangkaian produk kami boleh memberikan perbezaan sebenar dalam membantu komuniti terjejas agar mereka dapat membersih dan membasmi kuman di kediaman masing-masing serta kembali ke rutin harian secepat mungkin.”

Produk-produk Clorox terlibat telah dihantar ke PPS yang dikendali NADMA.

“Kebersihan adalah amat penting setiap hari. Malah, ia menjadi lebih utama semasa proses pemulihan selepas bencana. Kami kagum dengan usaha-usaha yang diberikan NADMA dalam membantu manga banjir dan menyediakan sokongan yang diperlukan mereka yang kembali ke kediaman masing-masing, khasnya dengan keperluan mereka adalah lebih tinggi semasa tempoh ini.

“Kami gembira mengetahui bahawa sumbangan produk pembersihan dan pembasmian kuman kami dapat membantu membersihkan kediaman serta mewujudkan persekitaran yang selamat kerana Clorox percaya kebersihan penting,” ujar Monique.

Produk-produk yang disumbangkan Clorox kepada NADMA adalah:

  • Clorox Disinfecting Bleach (Original) 2L
  • Clorox Disinfecting Bleach (Lemon) 2L
  • Clorox Disinfecting Wipes (Fresh Scent) 35ct
  • Clorox Expert Disinfecting Wipes 30ct
  • Clorox Clean Up (Lavender) 2L
  • Clorox Clean Up (Lemon) 2L

Dapatkan maklumat lanjut berkenaan kepentingan kebersihan, aktivti dan sebagainya di laman web Clorox Malaysia di https://www.cloroxmalaysia.com atau ikuti laman media sosial Clorox Malaysia di https://www.facebook.com/CloroxMalaysia/ and

https://www.instagram.com/cloroxmalaysia/.

Penafian[2]: Rangkaian produk pembersihan dan pembasmian kuman Clorox tidak sesuai untuk dimakan atau disuntik dalam sebarang situasi. Pengguna digalakkan membaca label untuk arahan penggunaan yang betul.

[1] Number of flood victims in Johor rises to 5,000 https://www.astroawani.com/berita-malaysia/number-flood-victims-johor-rises-5000-403627

[2] Clorox statement on proper use of disinfection products.  https://www.thecloroxcompany.com/covid-19/learn-about-covid-19/clorox-statement-on-the-proper-use-of-disinfecting-products/


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *