(SEMASA) ‘DO MALL’ AEON PUSAT MEMBELI-BELAH BERTEMA YANG PERTAMA MENDAPAT SENTUHAN DIRAJA

Spread the love

Photo 2

Kuala Lumpur, 22 Mac 2016 – DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj pada hari ini telah mencemar duli bagi merasmikan AEON Mall Shah Alam yang merupakan pusat membeli-belah ke-25 dan cawangan yang ke-31 di Malaysia.

Photo 3Menawarkan pengalaman yang lebih daripada sekadar membeli-belah, AEON Mall Shah ALam berdiri megah dengan ciri-ciri seni binaannya yang pasti menimbulkan perasaan untuk bergambar dengan mercu ini.  Rekaan mercu terkini di Shah Alam ini adalah hasil inspirasi mercu tanda terkemuka komuniti setempat, iaitu Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz. Apa yang menarik tentang seni rekaan dalaman bangunan ini adalah gabungan konsep seni bina Islam dan Jepun, konsep unik empat musim yang diilhamkan daripada musim-musim yang ada di Jepun iaitu musim panas (natsu), musim luruh (aki), musim sejuk (fuyu) dan musim bunga (haru).

Photo 1Dato’ Abdullah Mohd Yusof, Pengerusi AEON CO. (M) BHD dalam ucapannya tentang AEON Mall Shah Alam berkata, “Di AEON, kami mempunyai matlamat untuk menjadi bukan sekadar tempat untuk membeli-belah. Sejajar dengan kempen ‘Do Mall’ yang telah dilancarkan pada tahun lalu, kami berhasrat untuk meningkatkan pengalaman pelanggan kami dan ia tertumpu kepada 5 tunjang utama iaitu ‘Do Yummy, Do Style, Do Together, Do Exciting dan Do Fun. Setiapnya menawarkan hanya yang terbaik daripada segi makanan, fesyen, aktiviti komuniti, pengalaman membeli-belah dan hiburan. Kami ingin menjadikan AEON Mall Shah Alam sebagai pusat membeli-belah gaya hidup bagi 650,000 warga Shah Alam.”

Bagi memenuhi matlamat ‘Do Mall’, “Pusat Membeli-Belah Destinasi Budaya” seluas 1.5 juta kaki persegi ini menawarkan sejumlah 160 jenis perniagaan dengan jenama-jenama antarabangsa seperti H&M, Uniqlo dan cawangan kedua Index Living Mall di Malaysia. Bercakap tentang makanan pula, pengunjung mempunyai pilihan yang pelbagai di kawasan Gourmet Table atau medan selera, di mana terdapat pelbagai jenis hidangan termasuklah sajian antarabangsa dan bakeri.

Kemudahan pengunjung turut diutamakan dengan perkhidmatan lokar simpanan sejuk percuma di mana pengunjung kini boleh terus meluangkan masa di pusat membeli-belah tanpa perlu risau tentang brangan sejuk beku yang telah dibeli.

Kemudahan lain termasuklah 2,500 ruang parker, lokar troli membeli-belah, bilik solat untuk pengunjung Islam, tandas khas untuk kanak-kanak dan juga “Kidzoona” Fantasy Train yang pasti menjadi tarikan pengunjung kanak-kanak.

Photo 5Didorong oleh falsafah “Mengutamakan Pelanggan”, kami sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik agar pelanggan mendapat pengalaman yang menyenangkan. Menurut YBhg Dato’ Abdullah, AEON telah memastikan bahawa setiap kaki tangan peniaga menjalani latihan dalaman yang ketat untuk meningkatkan kemahiran mereka.

Sempena pembukaannya, AEON Mall Shah Alam telah menganjurkan aktiviti-aktiviti kebudayaan Jepun dan tempatan sehingga 10 April ini. Pengunjung boleh menantikan pertunjukan dram Waidako, kimono, ‘cosplay’ Jepun dan demonstrasi pembuatan anak patung Jepun. Sepanjang tempoh ini, pengunjung juga berpeluang untuk menikmati promosi daripada peniaga-peniaga di sini.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *