(SEMASA) Dua Susu Sehari – Kempen Dutch Lady PureFarm menampilkan kepentingan susu dalam diet harian keluarga Malaysia di Malaysia

Spread the love

Photo (3)

Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) hari ini memperkenalkan kempen yang menggalakkan keluarga di Malaysia agar minum 2 sajian susu setiap hari sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang. Bertemakan Dua Susu Sehari: Susu 2 Sehari: Hadiah Terbaik Untuk Keluarga Anda, kempen ini juga menekankan agar minum 2 sajian susu sehari untuk mendapatkan kebaikan khasiatnya dan di samping itu, juga membantu menangani jurang perbezaan nutrisi di kalangan kanak-kanak Malaysia seperti yang ditemui  daripada kajian SEANUTS atau Kaji selidik Nutrisi Asia Tenggara.

edPhoto (1)

Berucap di majlis pelancaran kempen, Cik Jo-Anne Jayasiri, Pengurus Pemasaran untuk Dutch Lady Malaysia menegaskan bahawa susu merupakan sumber nutrisi yang penting untuk keluarga. “Susu merupakan salah satu makanan yang berpatutan dan sumber nutrisi paling lengkap untuk seisi keluarga, juga membantu kanak-kanak dalam tumbesaran dan perkembangannya serta memperkukuhkan tulang dan otot untuk golongan dewasa,” katanya.

“Namun, rakyat Malaysia tidak minum susu yang mencukupi,” ujar Jo-Anne. Jo-Anne menjelaskan bahawa mengikut Kajian Nutrisi Orang Dewasa Malaysia (MANS) 2003, rakyat Malaysia hanya mengambil 0.14 sajian susu dan produk tenusu setiap hari, iaitu hanya segelas kecil seminggu, berbanding dengan Garis Panduan Diet Malaysia yang mencadangkan untuk pengambilan sebanyak 1 -3 sajian sehari.

“Sebagai pengeluar susu utama di Malaysia, ini merupakan tanggungjawab kami untuk memberi sumbangan dalam pemakanan yang sihat di kalangan rakyat Malaysia dan membantu mereka membina keluarga yang sihat.  Kempen 2 Sehari merupakan usaha kami untuk – mewawarkan dan menggalakkan rakyat Malaysia supaya meminum susu berdasarkan jumlah sajian yang dicadangkan dalam Garis Panduan Diet Malaysia demi memperoleh kebaikan nutrisinya,” kata Jo-Anne.

Jo-Anne juga berbesar hati mengumumkan bahawa Dutch Lady Malaysia telah bekerjasama dengan Persatuan Pemakanan Malaysia (Nutrition Society of Malaysia atau NSM) serta selebriti Aaron Aziz dan keluarganya untuk menyampaikan kempen kepada keluarga-keluarga Malaysia tentang kebaikan susu dan betapa mudahnya untuk menggabungkan 2 sajian susu dalam diet harian keluarga warga Malaysia.

“Pengetahuan and bimbingan akan disalurkan kepada keluarga di  Malaysia melalui media dan pameran bergerak diadakan tentang status nutrisi mereka. Mereka juga boleh mendapat nasihat daripada pakar-pakar pemakanan yang  bertauliah tentang caranya untuk menggabungkan 2 sajian susu setiap hari sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang,” katanya.

Profesor Dr. Norimah Karim, selaku Setiausaha Kehormat mewakili Persatuan Pemakanan Malaysia dan Ketua Program Pemakanan, untuk Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia turut hadir di majlis pelancaran kempen. “Susu adalah minuman yang serba berkhasiat di mana ia dalam bentuk yang sedia ada dan boleh menikmatinya dengan segera, bersama makanan dan minuman yang lain. Selain itu, susu juga sesuai dinikmati oleh seisi keluarga.”

Merujuk kepada penemuan SEANUTS yang menunjukkan bahawa hampir separuh daripada kanak-kanak yang dikaji mengalami kekurangan Vitamin D dan 1 daripada 20 orang mengalami masalah kekurangan nutrisi, Prof. Dr. Norimah berkata: “Untuk kanak-kanak yang mengalami kekurangan nutrisi, adalah penting untuk mereka meminum 2 sajian susu sehari untuk memastikan mereka mendapati nutrisi penting yang diperlukan untuk harian.”

Prof. Dr. Norimah juga menjelaskan bahawa Vitamin D adalah penting untuk golongan dewasa dan juga kanak-kanak di mana vitamin ini membantu menyerap kalsium dalam badan kita. “Tanpa tahap Vitamin D yang mencukupi, kalsium yang kita peroleh daripada diet kita tidak dapat diserap dengan sebaiknya. Dalam kes-kes yang serius, kekurangan Vitamin D ini boleh menyebabkan penyakit riket, iaitu penyakit di mana tisu tulang tidak dapat berupaya memineralisasi tulang dan mengakibatkan tulang yang lembut dan kecacatan rangka tulang.”

“Untuk menangani masalah kekurangan Vitamin D, kanak-kanak seharusnya menghabiskan lebih banyak masa di luar rumah untuk membolehkan badan menghasilkan Vitamin D secara semula jadi. Selain itu, ibu bapa boleh menitikberatkan pengambilan makanan anak-anak untuk memastikan mereka mempunyai Vitamin D yang mencukupi. Memandangkan Vitamin D larut dalam lemak, kita hanya memperolehinya daripada ikan seperti ikan kembung, sardin dan salmon; kuning telur dan susu yang tinggi dengan Vitamin D,” kata Prof. Dr. Norimah.

Untuk ibu bapa yang ingin memberikan susu yang diperkaya dengan Vitamin D, nasihatnya kepada ibu bapa adalah membaca label nutrisi untuk mendapatkan maklumat yang tertentu. “Kita memerlukan kira-kira 5 mikrogram Vitamin D sehari menurut saranan pengambilan nutrisi (RNI) yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan. Oleh itu, pastikan susu yang anda pilih itu tinggi dengan tahap Vitamin D yang sepatutnya,” katanya.

Pakar Pemakanan Korporat Dutch Lady, Loo Mei Fong, juga hadir di pelancaran kempen, berkongsi pendapat akan kebaikan susu Dutch Lady PureFarm, dan dua sajian susu Dutch Lady PureFarm mempunyai tahap Vitamin D seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.

Photo (7)

Pelakon Aaron Aziz, wajah yang dikenali di layar perak dan telemovie dengan persona hero dan romantis, tetapi dalam kehidupan sebenar, Aaron adalah seorang lelaki yang amat menyayangi keluarganya, dengan isterinya yang cantik dan dikurniakan tiga orang anak; Danish, Dwi dan Dahlia, yang masing-masing berumur 11, sembilan dan lima tahun.  Sebagai duta yang baru dilantik untuk kempen 2 Sehari Dutch Lady PureFarm, Aaron Aziz turut hadir di majlis pelancaran kempen bersama isterinya Diyana Halik.

“Diyana dan saya mempunyai tiga orang anak dan mereka di peringkat umur di mana mereka masih memerlukan pemakanan yang baik untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan mereka. Oleh itu, pemakanan adalah salah satu keutamaan yang kami tumpukan untuk mereka,” kata Aaron.

“Kami sentiasa minum susu, terutamanya untuk anak-anak, dan kami memastikan bahawa kami memupuk tabiat minum susu sejak kecil, dan salah satu makanan ringan kegemaran mereka adalah susu berperisa coklat dan strawberi,” kata Diyana.

Diyana menambah: “Namun kita tidak sedar bahawa kita perlu minum 2 sajian atau 2 gelas sehari.  Oleh itu, kami amat berminat untuk mengambil bahagian dalam kempen ini demi membantu meningkatkan kesedaran bahawa setiap ibu harus menghidangkan ahli keluarga mereka dengan dua sajian susu sehari. “

“Susu mengukuhkan keluarga saya. Walaupun isteri dan saya mempunyai gaya hidup yang sibuk, namun  berdua sentiasa memastikan meluangkan masa untuk makan sarapan bersama-sama sekerap mungkin. Selain itu, susu merupakan minuman yang paling sesuai untuk sarapan pagi dan kami sering berbual-bual dengan anak kami pada waktu sarapan untuk membantu antara satu sama lain dan memulakan hari dengan penuh semangat,”  kata Aaron.

Kempen Dutch Lady PureFarm, Dua Susu Sehari: Hadiah Terbaik Untuk Keluarga Anda akan bermula pada 10 Oktober 2015. Dutch Lady PureFarm merupakan jenama susu sedia-untuk-diminum No. 1* di kategori tersebut. Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia, roadshow akan diadakan di seluruh negara dengan menyediakan pemeriksaan status nutrisi, menikmati susu dan aktiviti-aktiviti lain yang menarik untuk seisi keluarga. Untuk maklumat lanjut tentang kempen dan roadshow, sila layari laman Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau www.dutchlady.com.my.

Rujukan:

*Dutch Lady merupakan jenama nombor 1 dalam jumlah kategori susu sedia diminum di Semenanjung Malaysia. Sumber: Nielsen Runcit Audit Semenanjung Malaysia MAT Disember 2014 (Susu Cecair).


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *