(SEMASA) eCurve Rai Kegembiraan Hari Raya Penuh Warna-Warni bersama Anak-Anak Yatim

Spread the love

PETALING JAYA, 7 Jun, 2017 – Menjelang Ramadhan, eCurve selaku tuan rumah telah meraikan kedatangan bulan yang mulia ini bersama sekumpulan kanak-kanak kurang bernasib baik dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim/Miskin Klang (PEYAKIN).

Setibanya di pusat beli-belah berkenaan, kesemua 24 tetamu muda yang ditemani oleh empat orang penjaga mereka itu disambut mesra oleh barisan pengurusan eCurve. Kegembiraan jelas terpancar pada wajah kesemua kanak-kanak apabila diberitahu tentang pelbagai aktiviti yang dirancang khas untuk mereka.

Kanak-kanak tersebut kemudiannya dibawa ke hentian pertama kunjungan mereka, Ampang Superbowl, untuk bermain boling bersama. Selepas menentukan pasukan masing-masing, mereka bersedia untuk memulakan pertandingan. Ketika pertandingan itu berlangsung, kedengaran kata-kata semangat dan sorakan apabila setiap daripada mereka memperlihatkan keupayaan dan kemahiran masing-masing. Pertandingan kian sengit apabila setiap pemain berusaha bersungguh-sungguh untuk meraihkan kemenangan untuk pasukan mereka.

Selepas tamatnya permainan, kanak-kanak berkenaan kemudiannya dibawa ke Centre Atrium eCurve yang dihiasi indah dengan mempamerkan konsep bazar perayaan. Kilauan lampu daripada candelier yang direka khas menyinari segenap ruang dan menghidupkan suasana bazar tersebut. Suasana meriah ini menarik perhatian kanak-kanak dari PEYAKIN dan mereka tidak melepaskan peluang untuk bergambar di kawasan itu.

Suasana Centre Atrium bertambah meriah dengan penampilan istimewa kumpulan acapella, Colour of Voices, yang mencuri perhatian penonton menerusi vokal yang harmoni. Lagu-lagu Raya dan pop kontemporari didendangkan dengan lunaknya tanpa sebarang peralatan muzik.

Pengurus Kompleks eCurve, Azizul Hisham Ahmad berkata, “Hari Raya merupakan sambutan perayaan terbesar di Malaysia. Semasa kaum keluarga dan sahabat handai berkumpul untuk meraikan hari yang istimewa ini sambil menikmati pelbagai hidangan yang enak, diikuti dengan dendangan muzik, terdapat juga segelintir golongan yang kurang bernasib baik yang tidak mampu merasai kenikmatan ini. Oleh demikian, kami amat berbesar hati kerana dapat meraikan kegembiraan musim perayaan ini bersama kumpulan belia dari PEYAKIN pada hari ini. Kami berasa seronok menerima lawatan mereka dan berharap agar usaha ini dapat memberikan makna yang mendalam sempena sambutan Hari Raya bagi tetamu khas kami.”

Pada penghujung program, kanak-kanak tersebut dikejutkan dengan sumbangan beg hadiah dan duit raya oleh pihak pengurusan eCurve. Kemudian, tetamu-tetamu muda tersebut dibawa ke The Manhattan FISH MARKET untuk menikmati hidangan berbuka puasa yang enak.

Dari 26 Mei sehingga 27 Jun 2017, para pengunjung berpeluang merasai keseronokan sambutan Hari Raya menerusi penganjuran kempen Hari Raya eCurve yang bertemakan Raya Acapella Special with Colour of Voices.

Persembahan Colour of Voices dapat disaksikan pada pukul 3.30 dan 6 petang pada setiap hujung minggu dan cuti umum, sepanjang tempoh kempen berkenaan. Selain itu, juga terdapat persembahan tarian yang menggabungkan gerak tari Melayu dan Timur Tengah, yang berlangsung pada setiap hujung minggu jam 4 petang.

Dengan pembelian bernilai RM200 dan keatas dalam maksimum dua resit di mana-mana kedai di eCurve, pembeli layak menebus paket sampul Raya eksklusif dan kusyen Raya berunsur seni pop sepanjang kempen ini berlangsung, sumbangan khas daripada pihak pengurusan eCurve. Kesemua penebusan tertakluk pada terma dan syarat serta sementara stok masih ada.

Dapatkan maklumat lanjut berkenaan sambutan Hari Raya di eCurve dengan menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan eCurve di talian 03-7725 0277 atau melayari laman web www.ecurve.my atau Facebook eCurve di www.facebook.com/eCurveMall.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *