(SEMASA) EDARAN TAN CHONG MOTOR memperkenalkan NISSAN GRAND LIVINA generasi baru

IMG_0088

Kuala Lumpur, 24 September 2013 – EDARAN TAN CHONG MOTOR telah memperkenalkan NISSAN GRAND  LIVINA terbaru pada hari ini. Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) bukan nasional terlaris di Malaysia ini telah mula dipasarkan pada Disember 2007 dan sehingga kini telah pun terjual sebanyak lebih 65,000 unit di atas jalan raya Malaysia pada hari ini.

IMG_0093

NISSAN GRAND  LIVINA generasi baru ini didatangkan dengan pelbagai ciri-ciri terbaru antaranya gril hadapan krom, lampu kabus (1.8L auto shj), pemantul belakang bersepadu, lampu belakang horizontal, cermin sisi berlampu LED (1.8L auto), rim aloi 15” reka bentuk jejari V, acuan sisi kenderaan, meter visi dengan MID, fabric baru dan skim warna dua tona utk tempat duduk, stereng rekaan baru bersama kawalan audio & MID, I-KEY (system kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin-1.8L auto shj), audio 2-DIN yang besar dan banyak lagi.

LAVINAsmall

Terdapat 3 warna pilihan terbaru untuk pembeli iaitu GRAPHITE BLUE, DAIMOND BLACK dan BRONZE GOLD. NISSAN GRAND  LIVINA baru ini juga dipacu dengan enjin yang menjimatkan minyak iaitu HR16DE dan MR18DE yang kompak lagi ringan. Harga cadangan atas jalan bagi kenderaan ini ialah RM86,880 (1.6L Manual), RM89,880 (1.6L Auto) dan RM99,880 untuk NISSAN GRAND  LIVINA transmisi Automatik 1.8L.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *