(HIBURAN) SOO WINCCI belanja besar….

Spread the love

DSC_0213

Soo Wincci telah mengorak langkah dalam mempromosikan single kedua beliau ‘ Musim Asmara’ dengan penghasilan video muzik terbaru. Lagu ciptaan komposer terkenal Ajai bersama Soo Wincci dan liriknya ditulis oleh Slen ini bakal dimuatkan dalam album mini beliau yang bakal berada dipasaran pada hujung tahun ini. Menggunakan khidmat pengarah Abhilash Chandra dan Akim Ahmad sebagai pelakon undangan di dalam video muzik beliau. Ditanya mengenai penglibatan Akim di dalam video muzik tersebut, Soo Wincci menjelaskan bahawa, Akim memiliki pakej yang cukup sebagai gandingan beliau di dalam video muzik tersebut.

DSC_0236Beliau menambah, Akim mempunyai rupa paras dan ketinggian yang cukup sempurna untuk menjadi “kekasih hati” di dalam video muzik tersebut, ujar nya secara berseloroh. Soo Wincci menambah, video muzik ini bercirikan 1 MALAYSIA kerana mengandungi elemen-elemen India (merujuk kepada pengarah video tersebut) , Melayu (merujuk kepada Akim) dan Cina (merujuk pada beliau sendiri). Video muzik yang menggunakan latar belakang Ladang Ternakan UPM dan kedai usang di jalan Klang Lama ini berkos hampir RM50,000 dan Soo Wincci ingin membuktikan kepada semua pihak yang penghasilan video muzik berkualiti tinggi hasil produksi tempatan ini boleh menyaingi video muzik beliau sebelum ini yang dibuat oleh produksi Taiwan dan digunakan untuk pasaran muzik Taiwan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *