(SEMASA) ENDLESS JEWELRY TAMPIL BUAT JULUNG KALI DI MALAYSIA DI SUNWAY PYRAMID

Spread the love

image001

Kuala Lumpur, 16 November 2015 – Endless Jewelry, jenama barang kemas fesyen warna-warni dari Denmark telah tiba di Malaysia. Dicipta oleh usahawan Denmark, Jesper Nielsen, Endless Jewelry lahir daripada keinginan untuk menawarkan barang kemas mewah pada harga berpatutan, sekali gus membolehkan para pengguna mampu memiliki barang kemas pereka ini. Ia mengetengahkan gelang tangan kulit yang penuh bergaya dan berkualiti tinggi.

1

Gelang tangan ini didatangkan dalam 25 warna dan lebih daripada 600 charm untuk disesuaikan dengan setiap gaya hidup dan pelbagai majlis, mood dan apa jua pakaian.

2

Jenama tersebut turut mengetengahkan Jennifer Lopez yang bergaya dan glamor sebagai duta jenamanya dan pereka bersama. Koleksi J Lo by Endless Jewelry yang meraih anugerah ini juga boleh didapati di Malaysia. Ia menampilkan rekaan glamor, terkini dan bergaya yang diilhamkan dan direka oleh J Lo sendiri. Koleksi Jennifer Lopez oleh Endless Jewelry merangkumi 7 gelang tangan berwarna dan lebih daripada 100 charm setiap satu dan setiap perincian direka dan/atau dipersetujui oleh Jennifer Lopez.

Butik Endless Jewelry di tingkat bawah Concourse Sunway Pyramid akan dibuka pada Disember 2015. Malaysia bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara untuk membuka butik Endless dan kedua di Asia selepas Taiwan.

Jesper yang mempunyai pengalaman luas dalam perniagaan barang kemas telah mendapat ilham untuk mencipta Endless Jewelry yang berwarna-warni dan boleh disesuaikan dengan para pelanggan untuk lebih daya tarikan. Daripada hanya satu gelang tangan yang boleh diletakkan pelbagai jenis charm, keunikan Endless pula terletak pada rangkaian gelang tangan kulit dengan satu, dua atau tiga gelung dan lebih daripada 600 charm unik dalam perak sterling dengan saduran rhodium, emas dan emas mawar.  Pilihannya cukup banyak, seperti tiada had. Kaum wanita mampu mempamerkan gaya mereka sendiri dengan memilih, mencipta dan menggabungkan rekaan yang benar-benar menampilkan dirinya.

Endless menerusi barisan barang kemas mewah ini ditawarkan pada harga berpatutan dan merupakan jenama barang kemas yang paling pesat berkembang di dunia. Ia berada di lebih daripada 3500 pusat jualan di 30 negara – sejak pelancaran di peringkat antarabangsa pada 2013. Di Malaysia, Endless Jewelry bergabung dengan Gimax Sdn Bhd, pengedar eksklusif Endless Jewelry di Malaysia dan Singapura.

Harga untuk gelang tangan Endless Jewelry bermula daripada RM 299 manakala harga charm pula bermula daripada RM119.

Butik Endless Jewelry terletak di LG Concourse, Sunway Pyramid dan dibuka setiap hari mulai jam 10 pagi hingga 10 malam. Dapatkan maklumat lanjut menerusi www.endlessjewelry.com.my / www.facebook.com/EndlessJewerlyMY / +603-62582955.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *