(SEMASA) FIGURIN EJEN ALI IKON RoL (2.0) DALAM MENDIDIK MASYARAKAT KEPENTINGAN PENJAGAAN SUNGAI

Spread the love

KUALA LUMPUR, 4 April 2021 – Inisiatif program kesedaran River of Life (ROL) 2.0 diteruskan dengan aktiviti promosi yang lebih berkesan bagi memastikan mesej mengenai kepentingan penjagaan sungai kebagai Sumber bekalan air bersih dan sebagai habitat alam semula jadi dapat disampaikan Kepada masyarakat dengan efisien.

RoL yang dilancarkan pada 2011, adalah projek permulaan di bawah Greater Kuala Lumpur Klang Valley untuk mentransformasikan Sungai Gombak dan Sungai Kiang menjadi satu (1) ikon waterfont yang dinamik, berdaya huni dan berkembang maju dengan nilai ekonomi serta komersil melalui tiga (3) komponen utama iaitu pembersihan sungai, pengindahan sungai dan pembangunan tanah.

Bagi memastikan mesej tersebut diterima, disokong dan dihayati terutamanya oleh golongan muda, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) mengambil inisiatif berkerjasama dengan Ejen Ali, sebagai ikon kempen kesedaran alam sekitar khusus bagi projek RoL.

Ini dapat memberikan impak yang lebih signifikan kepada usaha untuk memberi pemahaman kepada orang ramai tentang objektif dan manfaat projek RoL dalam penjagaan sungai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Figurin Ejen Ali yang diletakkan di Jambatan Leboh Pasar Besar itu, akan menjadi satu (1) tarikan pelancongan baharu di kawasan waterfront RoL sekali gus dapat mengoptimumkan kawasan tersebut sebagai penggerak ekonomi dan menarik minat pelancong.

Melalui projek pembersihan dan pengindahan Sungai Gombak dan Sungai Klang sepanjang 10.7 kilometer yang meliputi 8 sungai iaitu Sungai Gombak, Sungai Klang, Sungai Batu, Sungai Jinjang, Sungai Keroh, Sungai Bunus, Sungai Ampang dan Sungai Kerayong telah merangsang akitiviti ekonomi di sepanjang sungai dan meningkatkan kualiti kehidupan penghuni di Lembah Klang.

Peningkatan kemudahan infrastruktur memudahkan accessibility rakyat ke kawasan sekitar untuk beriadah dan menjalani kehidupan harian yang merupakan hasil projek RoL. Jambatan pejalan kaki yang dibina menghubungkan Masjid Jamek dan Bangunan Sultan Abdul Samad serta Dataran Merdeka sekaligus memendekkan tempoh perjalanan sebanyak 50%.

Selain itu, Kolam Biru yang kini merupakan produk pelancongan di Kuala Lumpur menjadi lokasi utama orang ramai bersantai dan digunakan untuk aktiviti penggambaran. Taman Tasik Titiwangsa yang berwajah baru memberi keselesaan kepada pengunjung terutamanya kepada anak-anak warga kota yang menggunakan fasiliti di sana.

Pembangunan tanah di sekitar kawasan RoL telah memberi impak kepada peningkatan nilai hartanah di kawasan tersebut sebanyak 21% setahun melalui business model yang dibangunkan.

KWP komited memastikan usaha-usaha menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya maju dan berdaya huni dicapai termasuk merancakkan aktiviti penjagaan sungai. Semua usaha ini akan menjadi sia-sia jika masyarakat masih mengamalkan sikap negatif dalam pemuliharaan sungai.

Justeru, Kerajaan menyeru semua rakyat Malaysia untuk membantu mengekalkan sungai dalam keadaan yang bersih dan indah demi kesejahteraan kita bersama dengan melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai mentaliti kelas pertama. Hanya apabila kita mencapai mentaliti kelas pertama, kita mampu memikul tanggungjawab bersama dalam memelihara bandar raya Kuala Lumpur ini.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *