(SEMASA) GALAKSI MEDIA ONLINE ‘UNBOXING’ SAMSUNG GALAXY A73 5G

Spread the love

Setelah sekian lama, portal ini tidak membuat apa-apa ‘UNBOXING’ atau belah kotak atau membuka kotak atau ulasan atau apa sahaja perkataan yang sesuai untuk menggambarkan berkenaan proses ini, maka pada kali ini Galaksi Media Online (GMO) mendapat peluang tersebut. GMO telah dibekalkan satu peranti telefon pintar baru Samsung yang telah pun dilancarkan sekitar awal tahun 2022 iaitu Samsung Galaxy A73 5G. Samsung Galaxy A73 5G merupakan salah satu telefon pintar yang dilancarkan di bawah siri Galaxy A, iaitu Galaxy A73, Galaxy A53 dan juga Galaxy A33.

Seperti sebelum ini, kotak pembungkusan Samsung Galaxy A73 5G masih mengekalkan tona warna putih sebagai asasnya. Gambaran depan menunjukkan warna dan rupa bentuk telefon pintar tersebut. GMO diberikan peranti berwarna gelap dan dilabelkan sebagai ‘Awesome Grey’. Walau bagaimanapun, saiz kotak ini lebih nipis berbanding sebelum ini.

Berbalik kepada isi kotak tersebut, di bawah telefon disertakan satu kabel USB-C tanpa pengecas penyesuai plag (adapter charger) berserta kad waranti dan buku panduan. Adapter charger ini perlu dibeli berasingan berdasarkan maklumat di dalam kotak tersebut. Adalah sedikit kelainan memandangkan selama ini peranti-peranti telefon di pasaran kebiasaanya didatangkan dengan adapter charger bersama di dalam kotak dan telefon pintar tersebut. Ini sedikit sebanyak menjawab kepada persoalan atau punca kenapa saiz kotak ini lebih nipis.

Bercakap mengenai fizikal telefon pintar tersebut, material telefon ini adalah berasaskan plastik dan dibahagian belakang dibalut dengan kemasan matte yang menjadikannya ia selesa untuk dipegang di tangan dan bebas daripada bekas cap jari. Rekaan masih retro seperti sebelum ini dan berdasarkan maklumat sesawang Samsung, terdapat pilhan tiga warna untuk model ini iaitu Awesome Grey, Awesome Mint dan Awesome White.

Secara asasnya, telefon pintar ini mempunyai 4 ciri-ciri asas iaitu reka bentuk nipis dan ringan, paparan skrin 6.7″ SAMOLED kecepatan penyegaran 120Hz dan sokongan HDR10+, kamera resolusi tinggi 108MP yang dilengkapi dengan OIS dan VDIS untuk kestabilan semasa mengambil foto dan video serta dilengkapkan dengan bateri Li-Ion 5000 mAh yang mampu bertahan selama 2 hari. Peranti telefon pintar ini turut dilengkapi sistem pengimbas cap jari di bawah skrin serta lubang kamera depan Infinity-O yang terletak di garisan tengah.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *