Ikano Centres, iaitu sebahagian dari Ikano Retail, meneruskan pendekatan saluran-omni untuk perniagaan pusat beli-belah walaupun berdepan dengan arahan penutupan operasi perniagaan hartanah dan pusat beli-belah akibat dilanda Covid-19. Walaupun orang ramai sudah mula kembali mengunjungi pusat beli-belah, Ikano Centres sebahagian daripada IKEA tetap memberi keutamaan pada usaha penambahbaikan dalam mempertingkatkan keperluan pengguna yang semakin berkembang.
Dengan memiliki lima pusat beli-belah dalam portfolionya – IPC, MyTOWN, Toppen dan Batu Kawan di Malaysia, serta Megabangna di Thailand, Ikano Centres telah mengekalkan kadar sewa yang normal iaitu sebanyak 92% di seluruh pusat beli-belah sepanjang tempoh 18 bulan yang lalu. Dalam tempoh ini, Ikano Centres telah memperkenalkan pelbagai pendekatan untuk menangani isu keselamatan, menambah baik pengalaman pelanggan, merintis kongsian digital dan menginovasi platform beli-belah yang memudahkan para pelanggan untuk berhubung, beinteraksi dan belajar.
Adrian Mirea, Pengarah Urusan Pusat Beli-Belah Penggunaan Bercampur Ikano Centres, berkata: “Seperti yang dapat kita lihat, ramai pengunjung sudah mula kembali ke pusat beli-belah kami, dan kami yakin dengan perkembangan ini.” “Bagi menambahbaik pengalaman pelanggan di serata pusat beli-belah, kami akan melaksanakan pelaburan untuk pembangunan fizikal serta platform digital agar pengalaman membeli-belah lebih menarik buat para pengunjung. Semua ini bakal memastikan agar pusat beli-belah kami terus menjadi tempat pertemuan yang selamat serta menyeronokkan.”
Ikano Centres telah memperkenalkan inovasi digital yang direka bertujuan membantu para penyewanya sepanjang penutupan serta menawarkan pelbagai cara untuk pengunjung berinteraksi dengan pusat beli-belah kegemaran mereka. Inisiatif ini termasuklah menyediakan perkhidmatan membeli-belah secara peribadi melalui GoGet, siaran langsung di media sosial, menyertai kempen yang dianjurkan oleh GrabFood dan Foodpanda serta mengoptimumkan aplikasi pusat beli-belahnya bagi memudahkan pembelian melalui perkhidmatan pandu lalu.
Sebagai destinasi membeli-belah yang direka khas bagi memenuhi keperluan komuniti, setiap tempat pertemuan berkembang melalui cara yang mampan:
Pusat Beli-belah IPC: Pusat beli-belah kejiranan kegemaran Damansara mengekalkan suasana persekitaran yang mesra keluarga
Di tengah-tengah Mutiara Damansara, IPC sedang dalam usaha terakhir menaik taraf kemudahannya bagi mempertingkatkan keselesaan, kebolehcapaian dan perkhidmatan mesra keluarga kepada pengunjung. Dengan mempertingkatkan kemudahan pengangkutan baharu serta menambah-baik aliran trafik di seluruh pusat, ia juga menaik taraf kemudahan keluarga termasuk bilik rehat keluarga dan taman permainan. Di tingkat 2, ‘Funland’ akan menyediakan set permainan yang lebih menyeronokkan dan menarik untuk kanak-kanak, dengan ‘Playland’ baharu berada di Aras G. Keluarga yang berkunjung boleh menikmati hari yang indah dan selamat dengan pilihan tempat makan baharu.
Pusat Beli-belah MyTOWN: Memperkenalkan hab sosial dan gaya hidup baharu di tengah-tengah Kuala Lumpur
Mensasarkan pelancaran pada Disember 2021, MyTOWN sangat teruja untuk memperkenalkan MyGround, hab sosial baharu yang menyeronokkan untuk pengunjungnya berhubung serta mencipta pengalaman menarik bersama. Bekas gedung serbanekanya yang berkeluasan lebih 145,000 kaki persegi sedang dibangunkan semula sebagai ruang runcit yang unik, mewujudkan model fleksibel untuk penyewa F&B dengan kelengkapan dalaman yang telah sedia terbina di samping menawarkan kos permulaan yang rendah dan akses yang lebih mudah ke pusat beli-belah. Selain meraikan penyertaan BookXcess, SSFHOME+ dan Panda Eyes awal tahun ini, kedai barangan sukan seperti Decathlon, Puma dan Adidas yang berkonsep baharu juga akan mengukuhkan lagi segmen ruangan sukan dan riadah di pusat ini. Bagi memenuhi keperluan profesional yang bekerja di pusat bandar, Infinity8 selaku ruang kerja terbesar di selatan Malaysia, akan membuka lokasi pertamanya di Lembah Klang pada 2022.
Pusat Beli-belah Toppen: Menjuarai perusahaan sosial dengan Soulmates, platform tempahan ruang fleksibel yang direka untuk menyokong perniagaan kecil dan para usahawan
Bagi membantu perniagaan kecil di Johor pulih daripada kesan Covid-19, Toppen memperkenalkan Soulmates, platform yang menyediakan ruang yang disediakan sepenuhnya dan fleksibel yang boleh ditempah mengikut jam atau hari. Soulmates bertujuan untuk menjadi pusat sehenti setempat, sesuai untuk perkhidmatan kecantikan dan kesihatan, kecergasan dan yang berasaskan kemahiran lain bagi berkongsi perkhidmatan mereka dengan pelanggan dalam suasana yang selesa dan profesional. Matlamat platform adalah untuk dikembangkan ke pusat beli-belah Ikano Centres yang lain dalam masa terdekat bagi memenuhi keperluan perniagaan di setiap destinasi.
Tempat letak kereta bertingkat yang baru juga sedang dalam pembinaan dan dijadualkan akan dilancarkan pada suku keempat 2022. Struktur sembilan tingkat itu bukan sahaja menyediakan lebih banyak ruang letak kereta, malah turut memperkenalkan penambahan kedai baharu mengikut gaya RoofToppnya. Toppen juga telah bersedia untuk membuka cawangan pertama Pasaraya Besar Lulu di Selatan Malaysia pada 2022, yang menyajikan pelbagai tawaran barangan rumah untuk penduduk di sekitarnya.
Ikano Centres Batu Kawan: Memperkenalkan fasa tempat pertemuan seterusnya di utara Malaysia dengan pembukaan konsep pandu lalu F&B
Sejajar dengan usaha memperluaskan lagi pengalaman peruncitan yang baharu ke Aspen Vision City, Ikano Centres baru-baru ini telah melancarkan fasa kedua pusat beli-belahnya dengan pembukaan pandu lalu McDonald’s. Dalam beberapa bulan akan datang, KFC, Tealive dan Coffee Bean akan turut serta, dan ini mewujudkan banyak pilihan makanan dalam kawasan pajakan seluas 200,744 kaki persegi.
Pusat Beli-belah Megabangna: Meraikan rakan kongsi baharu Central Pattana (CPN) Plc.
Terkenal sebagai salah satu pusat membeli-belah terbesar di Asia Tenggara, pusat beli-belah yang berpangkalan di Bangkok ini kini berbangga untuk bekerjasama dengan Central Pattana (CPN) Plc, yang baru-baru ini telah membeli 56 peratus pegangan daripada Siam Future Development Plc (SF), rakan usaha sama Ikano Centres di Bangkok sejak sepuluh tahun yang lalu. Perkongsian baharu ini akan bekerjasama dengan IKEA untuk terus memberi tumpuan dalam memastikan Megabangna tempat yang selamat dan menarik untuk semua. Penyewa baharu termasuk Topgolf, akan menawarkan pengunjung di Bangkok Timur dengan pelbagai hiburan yang menarik pada suku kedua tahun 2022.
Tumpuan terhadap pembangunan perniagaan dan inovasi digital adalah sebahagian daripada pegangan Ikano Centres yang mengutamakan pelanggan. “Kami menjadikan pusat kami sebagai ‘tempat pertemuan’ kerana pelanggan hari ini datang untuk suasana dan pengalaman menarik yang kami sediakan, tidak hanya untuk transaksi biasa.” Arnoud Bakker, Pengarah Komersial Ikano Center, berkata, “Selepas wabak ini, pembeli sekarang lebih berpengetahuan, lebih bijak dan mempunyai banyak pilihan untuk mendapatkan apa yang mereka perlukan. Inilah sebabnya kami sangat menitikberatkan campuran penyewa yang dinamik untuk memenuhi keperluan khusus dan mencipta konsep yang unik dan segar. Kami juga sentiasa mencari penyewa baharu, platform dan penyedia perkhidmatan yang mampu mencipta pengalaman indah yang tidak dapat dilupakan untuk para pengunjung kami. “