(SEMASA) INFOGRAFIK SPM SEJARAH CETUS REVOLUSI BARU PEMBELAJARAN – Program pertama seumpamanya di Malaysia, bantu calon SPM memahami dan menyerap fakta sejarah

Spread the love

Logo_ISS_revised_03small

Memahami keperluan pelajar yang inginkan kaedah ulang kaji yang lebih efektif, menarik dan mudah difahami, Astro Tutor TV SPM dengan berbesar hati akan membawakan sebuah program pendidikan baru yang pertama seumpamanya di Malaysia, Infografik SPM Sejarah, bermula dari 1 Oktober 2014, pada setiap hari jam 6:30 petang secara eksklusif di Astro Tutor TV SPM (Saluran 603).

Infografik SPM Sejarah adalah sebuah program pendidikan kreatif yang mempersembahkan subjek SPM Sejarah melalui gabungan infrografik kinetik, penceritaan animatik dan dibantu dengan penerangan oleh suara latar. Program yang berdurasi selama 15 minit ini memaparkan persembahan visual rangkuman bab-bab utama mata pelajaran Sejarah, berdasarkan sukatan pengajian yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Vickie Lai, Ketua Bahagian Pendidikan Astro berkata, “Kami di Astro sentiasa berusaha menyediakan kaedah pembelajaran moden dan kreatif bagi memudahkan proses pembelajaran dan ulang kaji bagi para penonton kami yang terdiri dari golongan pelajar sekolah. Setelah menjalankan kajian dan tinjauan, kami cetuskan satu idea revolusi baru dalam penyiaran program pendidikan dengan menyediakan program yang pertama seumpamanya di Malaysia, di mana ia menggabungkan kandungan akademik dan konsep visual grafik kinetik yang menarik. Maka terlahirlah Infografik SPM Sejarah sebagai satu alat bantuan ulang kaji yang mudah difahami, diserap dan diingati.

Kami memahami situasi segelintir pelajar yang menghadapi kesukaran untuk memahami dan mengingati fakta-fakta yang terkandung dalam mata pelajaran SPM Sejarah dan kepentingan mata pelajaran ini memandangkan ia kini adalah kertas wajib lulus. Lantaran itu, kami di Astro telah bekerjasama dengan barisan Guru Cemerlang Sejarah yang berpengetahuan luas bagi merangka kandungan akademik yang relevan dan efektif.

Kandungan akademik itu pula kami persembahkan menggunakan konsep visual kinetic infografik, lengkap dengan ikon-ikon sebagai isyarat visual dan adunan pelbagai warna untuk membantu daya memori para pelajar”.

Infografik SPM Sejarah memfokuskan kepada bab-bab pilihan untuk peperiksaan SPM, antaranya ‘Kemerdekaan: Lahir negara berdaulat’, ‘Malayan Union: Satu penjajahan’, ‘Pilihan raya: Hak dan tanggungjawab rakyat’, dan ‘Globalisasi satu cabaran’. Setiap episod akan memaparkan penerangan dan nota-nota penting yang dipersembahkan dalam bentuk infografik.

Selain daripada penerangan dan nota, tahap pemahaman para pelajar juga akan diuji melalui rangkaian soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang disertakan skema jawapan di setiap penghujung segmen. Manakala, di penghujung rancangan, satu ‘Soalan Hangat’ yang terdiri dari soalan subjektif berdasarkan struktur soalan peperiksaan sebenar akan diajukan kepada para penonton dan mereka boleh mendapatkan skema jawapan di laman sesawang rasmi Astro Tutor TV iaitu www.tutortv.com.my.

Bagi para pelajar yang ingin mengakses kandungan dan mengulang kaji melalui platform pelbagai juga boleh menonton video pendek dan memuat turun infografik setiap episod di laman web Astro Tutor TV SPM, serta laman sosial Astro Tutor TV iaitu YouTube (www.youtube.com/user/astrotutortv), Facebook (www.facebook.com/tutortvspm) dan Twitter (twitter.com/TutorTVSPM).

 Oleh itu, alami pengalaman kaedah baru pembelajaran dengan menonton Infografik SPM Sejarah, bermula dari 1 Oktober 2014, pada setiap hari jam 6:30 petang secara eksklusif di Astro Tutor TV SPM (Saluran 603). Untuk maklumat lanjut mengenai Infografik SPM Sejarah, sila layari www.tutortv.com.my/tutortv/.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *