(SEMASA) “Jack ‘n Jill Calbee” –  kentang berombak baharu yang lebih enak menampilkan tiga jenis perisa kegemaran ramai

Spread the love

KUALA LUMPUR – 6 Januari 2019 – Jenama kerepek kentang yang baharu bakal menawan selera para pengguna di Malaysia dengan kudapan rangup berperisa baharu yang pasti disukai oleh para penggemar.

URC Snack Food Malaysia, pengeluar jenama warisan “Jack ‘n Jill”, dan pengeluar makanan snek “Calbee” yang terkemuka di Jepun akan memperkenalkan kerepek kentang “Jack ‘n Jill Calbee” kepada para peminat snek. Snek ini tentunya akan menjadi kegemaran para penonton wayang dan video. Kehadiran snek ini telah dihebahkan menerusi siaran iklan sebelum tayangan filem di Pawagam GSC yang terpilih, selain iklan menerusi Youtube, Facebook, Instagram dan laman penstriman video popular yang lain.

“Kami menjangkakan Kerepek Kentang Jack ‘n Jill Calbee akan menjadi pilihan belia Malaysia yang sentiasa mencari snek bermutu tinggi dengan rasa yang hebat”, kata Encik Brian Go, pengurus besar URC Malaysia & Singapura.

“Saya juga yakin bahawa kerepek kentang yang segar, garing dan ekstra rangup akan membawa kenikmatan snek ke peringkat yang lebih tinggi dan menjadikan snek ini satu kemestian dan teman terbaik untuk menonton filem kegemaran para pengguna”, beliau menambah.

Kerepek Kentang Jack ‘n Jill Calbee dijual dalam dua saiz, pek percubaan 60-gram (RM 2.85) dan pek keluarga 170-gram (RM 5.95), dengan tiga perisa – Smokey BBQ, Flamin’ Chilli, dan Classic Salted.

Smoky BBQ memiliki rasa barbeku yang manis bersalai manakala Flamin’ Chilli menawarkan kerepek kentang yang pedas dan berempah untuk para peminat makanan pedas. Kerepek Classic Salted pula menghidangkan kerepek kentang rangup dengan perasa garam yang menjadi kegemaran sejak sekian lama.

URC-Calbee hanya menggunakan kentang berkualiti premium untuk menghasilkan kerepek kentang dan mengamalkan prosedur ketat yang bermutu tinggi untuk memastikan kesegaran dan rasa. Kerepek juga dihiris istimewa dengan bentuk seperti ombak untuk menghasilkan kerepek kentang yang mempunyai rasa yang seimbang dan lebih enak.

“Dengan kehadiran kami selama lebih empat dekad di sini, kami memahami kemahuan pengguna Malaysia dalam makanan snek dan kami yakin jenama kami yang baharu dan bermutu tinggi ini akan menarik minat penggemar makanan snek tempatan”, En. Go menambah.

Sempena dengan pelancaran kerepek kentang Jack ‘n Jill Calbee, URC Malaysia akan menganjurkan “Pelancaran Produk Jack ‘n Jill Calbee 2019” di Sunway Pyramid Central Avenue mulai 3 hingga 6 Januari 2019, di mana para peserta boleh mencuba dan membeli snek baharu sambil menikmati pelbagai aktiviti yang disediakan. Mereka juga boleh mengambil bahagian dalam peraduan “Level Up Purchase and Win”, di mana setiap pembelian Kerepek Kentang Jack ‘n Jill Calbee bernilai RM5 di kedai-kedai di seluruh negara melayakkan pembeli untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai sehingga RM25,000.

Jack ‘n Jill Calbee dijual di kedai runcit, kedai serbaneka dan pasar raya hyper di seluruh Malaysia.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *