(SEMASA) JATI CIPTA REKOD HASILKAN GUNI BERAS TERBERAT DI MALAYSIA SEMPENA ULANG TAHUN KE 30

Spread the love

JATI, jenama beras yang tidak asing lagi di Malaysia, kini menempa rekod baharu Malaysia Book of Records dengan menghasilkan guni beras terberat di Malaysia seberat 3 tan sempena sambutan ulang tahun ke 30 mereka yang telah diadakan pada 16 Mei 2023 bertempat di Lot 10, Kuala Lumpur. Ini merupakan guni beras terberat yang pernah dihasilkan di Malaysia, memecahkan rekod terdahulu yang pernah dicatatkan iaitu seberat 1.501 tan. Sijil pengiktirafan disampaikan kepada pihak JATI oleh wakil Malaysia Book of Records pada majlis yang sama. Lebih menarik lagi, kesemua 3 tan beras itu juga akan turut didermakan kepada golongan yang memerlukan seperti rumah kebajikan anak yatim dan pusat penjagaan warga emas. 

Majlis sambutan ulang tahun yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Azman Bin Mahmood, Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari para pengunjung. Pelbagai acara signifikan bertemakan 30 tahun kegemilangan JATI telah diadakan antaranya adalah pertandingan Tangkap&Menang, dimana peserta perlu mengambil gambar secara kreatif bersama 30 arca hidangan yang disediakan untuk berpeluang memenangi 303 set hadiah yang menarik.

En Chua Ken Jin, Pengurus Besar Serba Wangi Sdn Bhd dalam satu kenyataan menyatakan bahawa, pencapaian 30 tahun ini merupakan kejayaan yang perlu dikongsi bersama semua yang setia menyokong JATI selama ini. Justeru, sambutan yang diadakan selama tujuh hari bermula 16 Mei 2023 sehingga 22 Mei 2023 turut menawarkan pelbagai promosi menarik yang lain antaranya ialah pek istimewa 300g Jati Signature Pusa Finest Basmathi 1121 yang direka khas bersempena sambutan ulang tahun ini dengan hanya RM3 sahaja.

Selepas tiga dekad berada di pasaran, JATI telah membuktikan kewibawaannya menerajui industri ini. Kepelbagaian barangan yang dihasilkan, termasuk tepung, bihun, dan lain-lain, menunjukkan dedikasi JATI dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya. JATI juga berharap agar dapat menjadi jenama global dengan pelbagai jenis produk yang memenuhi keperluan orang ramai di semua peringkat masyarakat suatu hari nanti.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *