Tag: TERBERAT DI MALAYSIA

(SEMASA) JATI CIPTA REKOD HASILKAN GUNI BERAS TERBERAT DI MALAYSIA SEMPENA ULANG TAHUN KE 30

JATI, jenama beras yang tidak asing lagi di Malaysia, kini menempa rekod baharu Malaysia Book of Records dengan menghasilkan guni beras terberat di Malaysia seberat 3 tan sempena sambutan ulang tahun ke 30 mereka yang telah diadakan pada 16 Mei 2023 bertempat di Lot 10, Kuala Lumpur. Ini merupakan guni beras terberat yang pernah dihasilkan di Malaysia, memecahkan rekod terdahulu yang pernah dicatatkan iaitu seberat 1.501 tan. Sijil pengiktirafan disampaikan kepada pihak JATI oleh wakil Malaysia Book of Records pada majlis yang sama. Lebih menarik lagi, kesemua 3 tan beras itu juga akan turut didermakan kepada golongan yang memerlukan seperti rumah kebajikan anak yatim dan pusat penjagaan warga emas.  Read more →