(SEMASA) JOS dan JLT berganding tenaga menawarkan solusi insurans siber kelas dunia di Asia  

Spread the love

 

Malaysia – 7 Disember 2016 – JOS, salah satu peneraju perkhidmatan dan penyelesaian teknologi maklumat (IT) di Asia, menjalin usaha sama dengan Jardine Lloyd Thompson (JLT) iaitu penyedia perkhidmatan insurans, insurans semua dan nasihat berkaitan manfaat pekerja, pembrokeran dan perkhidmatan berkaitan yang terkemuka di dunia, untuk melancarkan kemudahan inovatif insurans dan khidmat nasihat siber. Langkah tersebut merupakan sebahagian daripada penawaran solusi keselamatan siber yang komprehensif oleh JOS.

JOS menawarkan rangkaian teknologi keselamatan dan perkhidmatan rundingan siber bagi memastikan agar para pelanggan mereka dapat menangani ancaman siber yang mendatang. Solusi insurans siber JLT membantu melindungi kos dan liabiliti pelanggan daripada ancaman, kerosakan atau kehilangan maklumat serta penggunaan sistem mahupun rangkaian yang kebiasaannya tidak dilindungi oleh kebanyakan penyedia insurans pada hari ini.

Gabungan pengetahuan JLT dalam bidang insurans siber dan akses terhadap pasaran khusus bersama perkhidmatan rundingan keselamatan siber JOS dilihat sebagai satu usaha sama unik dalam industri berkaitan. Ini merupakan kali pertama sebuah firma rundingan teknologi yang kaya dengan warisan dan liputan bekerjasama dengan firma pembrokeran insurans seperti JLT untuk menawarkan solusi lengkap insurans siber kepada pelanggan-pelanggan di seluruh Asia menerusi hab-hab JLT di Hong Kong, Malaysia dan Singapura.

Menyentuh mengenai kepentingan usaha sama antara JOS dan JLT, Pengarah Urusan Kumpulan JOS, Mark Lunt berkata: “Kami amat berbangga kerana dapat menyediakan solusi keselamatan siber generasi baharu bersama rakan niaga kami, JLT. Menerusi kerjasama ini, kami dapat menyediakan peluang kepada para pelanggan kami untuk mendapatkan akses liputan khusus daripada salah sebuah penyedia perkhidmatan insurans terkemuka dunia. Dengan penggunaan teknologi memainkan peranan dalam setiap operasi dan prestasi perniagaan, adalah penting bagi peneraju pasaran seperti JOS dan JLT membentuk usaha sama strategik yang dapat memastikan keselamatan pelanggan dalam menghadapi risiko-risiko keselamatan siber yang berterusan dan kian berkembang.”

Ketua Perkhidmatan Keselamatan Siber Kumpulan JOS, Barnaby Grosvenor menambah: “Bersama-sama kepimpinan pasaran JLT, JOS berada di kedudukan yang baik untuk membantu organisasi mendapatkan, menangani dan menguruskan pelbagai risiko siber. Dengan mengambil kesempatan terhadap industri berteknologi terkini dan peralatan proprietari, JOS menyampaikan solusi keselamatan siber bersepadu kepada para pelanggan di Asia – daripada penilaian yang bersifat khusus sehingga pelbagai pilihan keperluan keselamatan dan penyediaan perkhidmatan serta rundingan yang komprehensif.”

Semenatara itu, Pengarah Urusan JLT, Financial Lines Group Asia, Ali Chaudhry berkata, “Di JLT, kami mempunyai fokus kukuh dalam menyediakan produk-produk khusus kepada para pelanggan. Dalam bidang keselamatan siber, pemahaman yang mendalam mengenai produk dan pendedahan merupakan kunci penting. Risiko-risiko IT baharu pesat berkembang dan memberi kesan kepada hampir kesemua pelanggan kami, sekali gus membawa kepada keperluan pendekatan yang proaktif dan inovatif.

“Menerusi jalinan kerjasama dengan JOS, kami amat teruja kerana dapat menawarkan solusi khusus dan lengkap yang dapat membantu mengurangkan dan menguruskan kos serta pendedahan keselamatan risiko pelanggan kami. Seiring dengan itu, kami juga akan melancarkan peralatan analisis risiko siber Asia kami yang akan menyediakan para pelanggan dengan maklumat kuantitatif terhadap profil risiko mereka.”

Menerusi kerjasama kedua-dua pihak berkenaan, JOS menjadi ahli induk Konsortium Siber JLT untuk Asia.

Konsortium Siber JLT merupakan sebuah komuniti unik yang terdiri daripada syarikat dan pakar-pakar terkemuka dalam ekosistem siber yang terus bekerjasama dalam amalan risiko siber terbaik dan kepimpinan pemikiran untuk menyokong pelanggan bersama dalam isu-isu strategi, operasi, kewangan dan modal insan yang menerima kesan daripada risiko siber.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *