(SEMASA) Julie’s kirim bantuan biskut ke Nepal

Spread the love

Helping to Nepal

Perfect Food Manufacturing (M) Sdn. Bhd. (Julie’s) menyumbangkan bantuan biskut Julie’s untuk mangsa bencana gempa bumi yang melanda Nepal.

“Kami ingin mengucapkan takziah kepada mangsa bencana. Kami telah mengirimkan 12 tan biskut Julie’s ke Nepal melalui pasukan SMART dan berharap sumbangan kami dapat meringankan beban mereka, terutamanya kanak-kanak dan warga emas.” kata Pengurus Besar Korporat Perkhidmatan (Julie’s) Encik Ng Teng Chai.

“Kilang kami terdapat lebih 300 warga Nepal. Ramai diantara mereka telah kehilangan rumah, harta benda serta beberapa ahli keluarga yang tercedera. Dalam bencana tersebut semangat pekerja kami juga mengutip derma lebih daripada RM46 ribu kepada keluarga mereka yang terjejas.”

Tragedi gempa bumi yang melanda Nepal telah mengakibatkan kemusnahan yang tidak dapat dibayangkan, telah menyebabkan melebihi 7,500 orang terkorban, ramai lagi yang cedera parah dan harta benda musnah. Jumlah mangsa yang terkorban juga kian meningkat.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *