Kuala Lumpur, 22 Mei 2026 – KARVA Travel & Tours Sdn. Bhd. secara rasmi dilancarkan di Malaysia, membawa pendekatan premium dan bimbingan secara langsung dalam perjalanan Umrah serta pelancongan mesra Muslim. Bagi Dato’ Haji Aaron Aziz dan Datin Hajjah Diyana Halik, kepentingan ibadah Umrah dengan sokongan perubatan amat dekat di hati mereka. Pengalaman menguruskan ahli keluarga terdekat yang menjalani rawatan Dialisis Peritoneal Ambulatori Berterusan (CAPD) membuka mata mereka tentang pentingnya persediaan rapi, koordinasi perubatan yang kemas serta keyakinan tinggi apabila menjelajah atau beribadah dalam keadaan kesihatan yang memerlukan perhatian khusus.
Pengalaman peribadi tersebut secara tidak langsung memperkukuh keyakinan mereka terhadap komitmen Karva Travel dalam menyantuni jemaah yang memerlukan perhatian khusus, terutamanya warga emas dan penghidap penyakit kronik. Hal ini turut menyemarakkan visi bersama mereka untuk menawarkan perjalanan Umrah yang inklusif dengan memastikan para jemaah dan keluarga dapat beribadah dengan penuh keyakinan, keselesaan serta ketenangan jiwa.
“Pada usia mencecah 50 tahun, saya semakin memahami perjalanan hidup adalah satu amanah. Saya mahu menggunakan platform dan pengalaman yang ada untuk membawa lebih banyak kebaikan, mendekatkan diri kepada nilai Islamik serta berkongsi dakwah dengan cara yang positif dan penuh keikhlasan.
“Melalui KARVA Travel, saya berharap dapat membantu lebih ramai jemaah menunaikan Umrah dengan rasa tenang, yakin dan dibimbing dengan baik. Insya-Allah, pakej Umrah pada 24 Jun hingga 4 Julai 2026 yang turut dibuka kepada warga Singapura ini akan menjadi salah satu usaha memudahkan lebih ramai tetamu Allah menyahut panggilan suci ini. Kami bukan sekadar membawa jemaah melancong, tetapi mahu memastikan setiap perjalanan menjadi pengalaman spiritual yang bermakna dan mendekatkan diri kepada Allah.” — Dato’ Haji Aaron Aziz
Ditubuhkan di Singapura pada tahun 2022, KARVA Travel Group Pte. Ltd., yang diterajui oleh Haji Jai Wahab dan Hajjah Rozza Ramli, telah membina reputasi cemerlang dalam mengendalikan pengurusan perjalanan yang holistik. Agensi ini amat dikenali dengan komitmennya terhadap layanan hospitaliti yang tinggi, pengurusan logistik yang tersusun, serta penyediaan penjagaan perubatan yang bersifat peribadi (personalized). KARVA Travel turut memantapkan kedudukannya melalui program ikonik seperti “First Umrah” dan “All Ladies Umrah by Ustazah Liyana Musfirah”, yang direka khusus untuk membimbing jemaah secara dekat dalam setiap fasa perjalanan spiritual mereka.
Pakar Umrah Pertama Anda
KARVA Travel komited dalam membantu jemaah yang bakal menunaikan Umrah buat pertama kali. Pendekatan bimbingan secara langsung yang menjadi identiti utama syarikat ini menggabungkan pendidikan yang tersusun, sokongan emosi serta perancangan operasi yang teliti bagi memastikan setiap tetamu menikmati perjalanan spiritual yang tenang, yakin dan penuh makna.
Para jemaah akan menikmati:
- Kelas Manasik Umrah yang komprehensif sebelum berlepas serta bimbingan langkah demi langkah. Asatizah berpengalaman dan Pegawai Umrah yang prihatin.
- Hotel premium yang terletak dalam jarak berjalan kaki ke Haramain.
- Pasukan sokongan khas di Singapura, Malaysia, Arab Saudi serta rakan operasi tempatan yang dipercayai.
- Ketua rombongan terlatih dalam bidang perubatan bagi memberikan keyakinan dan bantuan tambahan kepada jemaah dari pelbagai peringkat usia.
- Penjagaan khas untuk jemaah warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik, termasuk keperluan dialisis, bantuan mobiliti dan pertimbangan kesihatan lain.
“Visi kami adalah untuk menghapuskan sebarang kegusaran sepanjang perjalanan Umrah supaya para tetamu Allah dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada ibadah dengan hati yang tenteram. Setiap kembara yang diatur merupakan sebuah amanah yang kami pikul dengan penuh tanggungjawab. Ramai yang bercita-cita menunaikan Umrah, namun terhalang oleh rasa bimbang untuk berjalan sendiri atau menguruskan isu kesihatan kronik. Di Karva Travel, matlamat kami adalah memastikan setiap jemaah menerima bimbingan dan sokongan menyeluruh sejak awal persiapan lagi.” — Dato’ Haji Aaron Aziz.
Perintis Umrah Khas Wanita
Sejak empat tahun lalu, kerjasama antara Karva Travel dan Hayaa’ Network Pte. Ltd. bukan sekadar menganjurkan perjalanan Umrah khas untuk wanita. Program ini bukan sekadar pakej Umrah biasa, tetapi ia dirancang khas untuk menyediakan ruang ibadah yang selamat dan selesa bagi golongan wanita, sambil mengeratkan hubungan persaudaraan sesama mereka.
Keunikan program ini terletak pada gabungan bimbingan agama dan penjagaan emosi yang mantap. Ustazah Liyana Musfirah bertanggungjawab membimbing para jemaah tentang urusan ibadah dan hukum-hakam wanita secara dekat dengan penuh kelembutan, ilmu dan kasih sayang.
Pada masa sama, pengisian ini diperkukuhkan lagi oleh Maimunah Mosli, seorang psikoterapis dan pengasas Hayaa’ Network, yang membantu menjaga kesihatan mental dan emosi jemaah. Beliau menyediakan ruang untuk para wanita menenangkan fikiran, berkongsi rasa dan saling menyokong, sekali gus membuatkan setiap jemaah berasa dihargai, selamat dan tenang sepanjang perjalanan spiritual mereka.
Seiring dengan perkembangan kerjasama ini, lebih banyak pengalaman perjalanan yang berteraskan nilai sosial dan diurus secara profesional sedang dibangunkan di bawah Revival of Faith, meneruskan komitmen bersama terhadap maruah, spiritualiti, persahabatan dan kesinambungan penjagaan dalam dunia yang sentiasa berubah.
Apa yang Membezakan Karva Travel
Karva Travel dibina atas satu falsafah yang ringkas namun bermakna: “Khidmat Dari Hati.” Setiap perjalanan dirancang dengan penuh teliti bagi memberikan ketenangan, perhatian peribadi dan pengalaman spiritual yang bermakna kepada para jemaah dari awal hingga akhir perjalanan.
Antara keistimewaan utama Karva Travel ialah:
- Bimbingan Umrah secara langsung bermula daripada persiapan sebelum berlepas sehingga pulang ke tanah air.
- Ketua rombongan terlatih dalam bidang perubatan bagi memberikan keyakinan tambahan kepada jemaah dari pelbagai peringkat usia.
- Kumpulan jemaah yang lebih kecil dan diurus dengan teliti untuk memastikan perhatian yang lebih peribadi.
- Pengalaman perjalanan yang tenang, tersusun dan terkoordinasi dengan baik
- Sokongan khas untuk jemaah warga emas serta mereka yang mempunyai keperluan perubatan tertentu.
- Operasi yang telus, sistematik dan diurus secara profesional.
- Penginapan premium yang dipilih untuk keselesaan serta lokasi berhampiran Haramain
Kempen utama KARVA, “Your First Umrah – Guided with Care, Knowledge & Sincerity”, mendapat sambutan yang sangat positif khususnya dalam kalangan jemaah yang pertama kali menunaikan Umrah, yang mencari kejelasan, keyakinan dan ketenangan dengan sokongan yang berterusan di setiap langkah perjalanan mereka.
Kerjasama Strategik
Bagi memastikan pengalaman perjalanan yang premium, Karva Travel bekerjasama dengan rakan strategik yang dipercayai di peringkat antarabangsa, termasuk:
- Syarikat penerbangan seperti Saudia Airlines, Malaysia Airlines, Emirates, Qatar Airways dan Turkish Airlines.
- Hotel terpilih bertaraf 4 dan 5 bintang di Makkah dan Madinah.
- Pasukan Operasi Tempatan Karva di Arab Saudi serta rakan pengendali darat bagi destinasi antarabangsa
Lebih Daripada Umrah
Selain perkhidmatan Umrah dan Haji, KARVA turut menawarkan:
- Pakej percutian antarabangsa mesra Muslim.
- Perjalanan peribadi dan pakej yang disesuaikan mengikut keperluan.
- Perkhidmatan Qurban dan Badal Umrah.
- Perjalanan berbentuk pendidikan dan pengisian spiritual
Visi Karva Travel Malaysia
Dengan pelancaran rasminya di Kuala Lumpur, KARVA Travel Malaysia bertekad untuk menjadi antara jenama paling dipercayai dalam menyediakan perkhidmatan Umrah, Haji dan pelancongan mesra Muslim di rantau ini. Syarikat ini membawa misi untuk menetapkan tanda aras baharu dalam industri kembara dengan menawarkan pengalaman yang dirancang teliti, dibimbing secara peribadi, serta kaya dengan pengisian spiritual. Menerusi gabungan operasi yang mantap dan layanan hospitaliti yang ikhlas, KARVA Travel komited memberikan keyakinan, keselesaan dan ketenangan minda buat setiap jemaah, terutama mereka yang pertama kali ke Tanah Suci supaya dapat fokus sepenuhnya kepada ibadah.
Sama ada untuk menziarahi Baitullah mahupun meneroka dunia, KARVA Travel Malaysia sedia menjadi teman kembara yang dipercayai dengan sentiasa mengutamakan keselamatan, integriti dan layanan penuh ihsan.
Website:
