(SEMASA) Kedai Berkonsep Interaktif Faber-Castell yang baru menawarkan seni dan kraf kepada para pengunjungnya

Faber-Castell Concept Store at The Parenthood, Sunway Putra MallFaber-Castell menjemput pemilik minda cilik meneroka dunia kreatif dan berwarna-warni di kedai konsep barunya yang menggalakkan pembelajaran secara bermain di mana kanak-kanak dapat melakukan aktiviti mewarna, seni dan kraf menggunakan produk yang tidak mengandungi toksik dan selamat untuk kanak-kanak.

IMG_0553 copyKedai konsep ini merupakan kedai yang pertama di Malaysia, yang menawarkan pelbagai tema dan aktiviti berbeza seperti teknik mewarna menggunakan pensel warna air dan pensel warna klasik, menghias kad ucapan dan jadual waktu serta kraf kertas bertemakan haiwan.

Ideal untuk kanak-kanak pra-sekolah dan sekolah rendah, aktiviti dan tutorial ini ditawarkan secara percuma tanpa sebarang syarat pembelian.

“Faber-Castell mahu merangsang minda muda dengan memberikan peluang kepada mereka menunjukkan kreativiti serta mendorong ekspresi diri melalui seni, selain meluangkan masa berjam-jam dalam keseronokan. Kedai konsep baru ini turut memiliki kakitangan terlatih bagi menyelia aktiviti seni dan kraf dan kami berharap dapat memperkayakan kehidupan pelawat cilik kami dengan mendedahkan mereka untuk berkarya dari usia awal lagi,” kata Pengarah Urusan Faber-Castell Asia Pasifik, Dr. Toh Yan Peng.

Kedai konsep Faber-Castell terletak di dalam “The ParenthoodLondon Street Family Park di pusat membeli-belah Sunway Putra. Dengan berlatar belakangkan ciri Inggeris, taman keluarga dalaman yang pertama seumpamanya itu direka bagi menyediakan platform interaktif untuk ibu bapa dan kanak-kanak belajar serta bermain bersama dalam persekitaran yang selamat, selain membolehkan ibu bapa melakukan aktiviti memanjakan diri seperti rawatan muka, merias kuku dan bersenam.

Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai aktiviti kedai baru ini, layari laman Facebook Faber-Castell Malaysia atau  www.faber-castell.com.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *