(SEMASA) Kempen “Smart Buy” Julie’s Ringankan Beban Pembeli dan Tangani Inflasi

Mr.Martin PhotoKuala Lumpur, 27 April 2016 – Dengan kos sara hidup yang tinggi, Julie’s sekali lagi melancarkan kempen “Smart Buy” untuk menggalakkan pengguna berbelanja secara hemah dan menikmati produk makanan berkhasiat pada harga yang berpatutan.

Berdepan dengan kemelesetaan ekonomi, kesan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan penyusutan nilai Ringgit menyebabkan kenaikan harga barangan. Maka, adalah sukar bagi golongan bekerja belanja RM15 untuk makanan dalam sehari. Lagipun, tidak banyak pilihan makanan dimana ia adalah murah lagipun sedap dan berkhasiat.

Sugar CrackersMakanan, pakaian, tempat tinggal dan pengangkutaan merupakan empat keperluan asas dalam kehidupan harian. Berdasarkan statistik daripada Jabatan Statistik Malaysia, selain pinjaman perumahan dan bil utiliti, perbelanjaan untuk makanan merupakan ketiga terbesar dalam sesebuah keluarga. Terdapat pembeli terpaksa mengurangkan kekerapan makan di luar bagi menjimatkan perbelanjaan, ada pula terpaksa makan sekali sehari bagi mengurangkan perbelanjaan. Namun, perancangan mengurangkan perbelanjaan ini mungkin akan menjejaskan kesihatan dalam jangka masa panjang.

Sebagai sebuah syarikat makanan yang bertanggungjawab, Julie’s memahami beban yang ditanggung pembeli dan juga bersungguh-sungguh membantu menangani kesan inflasi. Maka, syarikat ini meneruskan penganjuran kempen “Smart Buy” pada tahun ini. Julie’s telah menganjurkan kempen tersebut sejak tahun 2009. Selain menjimatkan perbelanjaan pembeli, kempen ini juga memastikan kesihatan pembeli tidak terjejas.

Sugar Crackers Value PackPengarah Julie’s, Martin Ang berkata ‘berjimat cermat adalah satu amalan yang baik. Dengan membuat simpanan setiap hari, maka anda mendapati diri anda mempunyai wang tambahan ataupun mampu berbelanja untuk barangan lain yang tidak dirancang tanpa menghadapi kesulitan kewangan’.

Kempen “Smart Buy” adalah selaras dengan konsep “Sikit-Sikit, Lama-lama Jadi Bukit”. Tidak dapat dinafikan sekiranya hanya menyimpan RM1 setiap hari adalah tidak seberapa, namun, jika anda membuat simpanan setiap hari dan anda akan menjimatkan sejumlah wang yang besar. Contohnya, pada tahun 2014 dan 2015, kempen “Smart Buy” membolehkan rakyat Malaysia menjimatkan kira-kira RM37 juta untuk perbelanjaan pembelian biskut. Selain itu, promosi produk dengan lebih berkualiti atau paket bonus yang dilancarkan pada setiap bulan sepanjang tahun juga berjaya menjimatkan 50 peratus perbelanjaan untuk produk biskut.

Sebagai pengguna yang bijaksana, kita harus menyediakan senarai semakan dan anggaran sebelum pembelian. Pada masa yang sama, kita harus merujuk kepada risalah promosi di pasaraya. Dengan ini, kita boleh memastikan perbelanjaan tidak terlebih dan hanya membeli produk dengan tawaran yang terbaik.

Golden Crackers

“Kami menggalakkan orang ramai menjadi pengguna yang bijaksana. Sebelum membuat pembelian, kita harus membuat perbandingan harga dan kualiti produk.”

Beliau berharap kempen “Smart Buy” akan memberi motivasi kepada rakyat Malaysia berjimat cermat dan juga menyaran penggeluar mengambil kesempatan untuk melancarkan aktiviti promosi seperti ini yang membolehkan pengguna menikmati pelbagai tawaran dan promosi.

Kempen “Smart Buy” memilih kraker sebagai biskut promosi kerana ia merupakan pilihan utama untuk sarapan, minum petang atau makan lewat malam. Dua jenis kraker iaitu Biskut Golden dan Biskut Gula akan dijual dengan harga promosi iaitu RM2.99 sepanjang tahun. Selain itu,  Julie’s juga melancarkan Biskut Golden dan Biskut Gula dalam bentuk tiga paket dengan harga runcit RM8.79 pada tahun ini.

Golden Crackers Value Pack

Selain kraker, biskut Julie’s juga boleh didapati dalam bentuk paket bonus, dengan penambahan kuantiti 20 hingga 50 peratus, sebagai satu lagi promosi kepada pembeli. Pembeli akan menikmati kuantiti lebih dengan harga yang sama. Maka, peminat biskut boleh menikmati biskut kegemaran sepuas-puasnya.

Julie’s sentiasa menekankan budaya dan tradisi kasih sayang. Julie’s memahami beban ekonomi yang ditanggung orang ramai dalam perbelanjaan harian. Dengan itu, ia sentiasa menegaskan harga yang lebih rendah agar lebih ramai akan menikmati produk makanan yang lazat.

Maklumat lanjut mengenai kempen “Smart Buy” boleh dilayari di laman Facebook Julie’s www.facebook.com/JuliesBiscuits.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *