(SEMASA) KFC HOT BOX – semuanya dalam satu hidangan

IMG_9690

KFC Malaysia telah melancarkan inovasi terbaru dan terkini mereka – KFC HOT BOX terbaru yang lebih besar dan hebat. Penambahan kentang rangup dan sos Jalapeno menambahkan lagi keunikannya. KFC HOT BOX ini memberi peluang kepada pelanggan memilih satu daripada empar burger KFC kegemaran ramai iaitu Zinger, Cheezy Zinger, Colonel Burger dan Colonel Fish Burger. Ia disertakan seketul ayam (original atau hot and spicy) , kepingan kentang rangup dan sos keju Jalapeno disamping air berkarbonat. Hadir sama dipelancaran KFC HOT BOX ini ialah Datuk Ahmad Zaki Zahid yang merupakan Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd yang berkeyakinan produk KFC HOT BOX ini bakal menjadi hidangan pilihan ramai terutamanya kepada golongan sasar  iaitu generasi muda. Untuk mencapai sasaran jualan yang ditetapkan, strategi pengiklanan dan promosi dipertingkatkan menerusi medium pengiklanan yang pelbagai seperti TV, Radio dan akhbar serta melalui bahan-bahan pusat jualan dan menerusi media online, e-news, facebook dan twitter. Promosi jualan KFC HOT BOX akan berlangsung selama 2 bulan bermula 10 September hingga 21 Oktober 2013 sementara stok masih ada.

IMG_9695Bercakap mengenai kos dan harga akibat kesan kenaikan minyak , Datuk Ahmad Zaki Zahid  menjelaskan kenaikan harga bahan api bukan satu faktor untuk restoran makanan segera KFC Malaysia (KFC) menaikkan harga produk mereka. KFC yakin masih mampu mengekalkan harga berpatutan dan nilai yang terbaik kepada pengguna di sebalik penarikan subsidi petrol dan diesel yang diumumkan kerajaan, baru-baru ini. KFC juga akan menumpu kepada menguruskan kos dengan berkesan melalui program transformasi kumpulan QSR Brands dengan meningkatkan jualan dan menguruskan kakitangan dengan lebih baik. Datuk Ahmad Zaki menambah, KFC tidak merancang mengurangkan jumlah cawangan untuk mengurangkan kos operasi sebaliknya akan mengurangkan kos di setiap cawangan seperti kos pengubahsuaian restoran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *