(HIBURAN) VIKINGDOM……dimensi baru KRU Studios

Spread the love

Vikingdom cropsmall

Filem yang dinanti-nanti kan oleh peminat seni filem tanah air telah mula ditayangkan di pawagam-pawagam di seluruh negara. Filem yang berskala dan berkos besar ini juga turut menjadi filem tempatan pertama yang menembusi pasaran Amerika Syarikat dan bakal ditayangkan di pawagam bermula  4 Oktober 2013. Tayangan di Amerika Syarikat ini bakal menjadi pencetus kepada tayangan di negara lain di serata dunia bermula dari pertengahan Oktober 2013 sehingga Mac 2014. Diantara pengedar utama filem ini adalah Universal Pictures yang telah mendapat hak pengedaran filem ini dibeberapa buah negara termasuklah United Kingdom, Australia, Sweden, Denmark dan Brazil. Menurut Norman Abdul Halim, filem ini telah membuat keuntungan awal hasil pra-jualan bernilai RM10 juta di mana filem ini telah ditempah sebelum ia siap dan mempunyai perjanjian asas yang membolehkan pihak KRU Studios memperolehi pembayaran deposit dari pengedar. Norman menambah, kos penghasilan filem ini sedikit sebanyak ditampung dengan suntikan dana dari pihak Finas yang mengfokus kan kepada penghasilan CGI. Bagi pengarah filem ini pula iaitu saudara Yusri Abdul Halim, beliau sangat berpuas hati dengan penghasilan filem ini dimana tenaga produksi dibalik pembikinan filem ini dijayakan oleh kepakaran 100 peratus anak tempatan. Bagi Edry Abdul Halim pula . beliau ditugaskan dalam penyediaan runut bunyi atau muzik skor yang seratus peratusnya yang asal. Beliau juga turut memuji komitmen kumpulan MOJO dalam menyanyikan OST filem ini yang berjudul “Dark Clouds” yang juga merupakan single terbaru kumpulan ini dalam usaha menembusi pasaran antarabangsa.

viki

Sinopsis Vikingdom

KISAH filem bermula dengan kemunculan kapal Viking di Lindisfarne yang diketuai Thor untuk menawan tentera purba sebagai hamba mereka. Thor mesti dihapuskan dan hanya seorang wira yang memiliki kuasa kebal yang boleh menentangnya iaitu Eirick dari Jomberg. Eirick seorang pemburu yang biasa dengan hidupan lasak. Berita serangan Thor disampaikan Frey kepada Eirick untuk menghalang Thor daripada berjumpa dengan Horns of Odin dari Gate of Souls. Frey juga meminta Eirick mengetuai angkatan tentera Jomsberg Viking untuk menentang Thor yang bersekutu dengan Trondelag Kings. Eirick kemudian diiringi sahabat baiknya, Sven dan Yang iaitu hamba Cina berikrar sanggup mati demi Eirick. Pengembaraan mereka bermula dengan pencarian Horn of Odin dan kemudian menentang angkatan tentera Thor.

Filem ini dibintangi Dominic Purcell (Prison Break), Natassia Malthe (Dead Or Alive), Jon Foo (Tekken), Craig Fairbrass (Cliffhanger) & Conan Stevens (Game of Thrones).

VK 1small

VK 2small

VK 3small

VK 4Asmall

VK 4Bsmall

VK 5small


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *