(SEMASA) KFC RAIKAN TAHUN BARU CINA DENGAN INDIVIDU KURANG BERNASIB BAIK

Spread the love

Pic3

Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina, pasukan KFC Malaysia telah menganjurkan majlis penuh meriah bagi meraikan 80 kanak-kanak and golongan warga emas kurang bernasib baik dari tiga buah rumah kebajikan sekitar Ipoh.

Majlis yang dianjurkan merupakan sebahagian daripada komitmen dan tanggungjawab sosial korporat KFC untuk projek-projek kebajikan tempatan ini telah membawa senyuman dan keceriaan kepada kanak-kanak dan juga golongan warga emas ini, terutama sekali apabila mereka menerima ang pau dan juga beg cenderahati dari pihak KFC.

Pic1

Pasukan KFC sampai di lokasi pada awal pagi untuk memasang lampu tanglung, belon dan juga hiasan bagi mewujudkan suasana perayaan Tahun Baru Cina untuk dinikmati oleh tetamu istimewa. Suasana riang dan ceria dirasai apabila mereka bergelak ketawa bersama Awang si badut lucu yang sungguh menghiburkan sepanjang majlis berlangsung.

Kanak-kanak juga turut dihiburkan dengan persembahan tarian singa, pertunjukan silap mata, nyanyian dan tarian sebelum menjamu selera dengan ayam goreng KFC, nugget ayam dan juga kentang putar bersama penjaga mereka serta warga kerja KFC.

“Kami berterima kasih kepada KFC kerana sudi meraikan Tahun Baru Cina dan berkongsi keceriaan bersama kanak-kanak and golongan warga emas ini. Majlis seumpama ini benar-benar membuatkan mereka gembira kerana berpeluang untuk menikmati ayam goreng KFC yang selalu mereka idamkan,” kata Elena Wong, salah seorang penjaga rumah kebajikan yang turut hadir memeriahkan majlis.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *