(SEMASA) KOPETRO RASMI CAWANGAN PERTAMA ARRAHNUKITA

Spread the love

KUALA LUMPUR, 30 Oktober 2022 – Dato’ Haji Zazali bin Haron, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), hari ini telah merasmikan cawangan pertama ArRahnukita milik Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO). Mula beroperasi sejak 3 Ogos 2022, ArRahnukita adalah premis pemiagaan pajak gadai emas patuh syariah milik KOPETRO yang terletak di Medan Niaga Tasik Damai, sebuah kawasan pemiagaan yang menjadi tumpuan ramai di Sungai Besi.

Turut sama hadir sebagai tanda sokongan terhadap pemiagaan baharu yang diusahakan KOPETRO adalah wakil-wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa). Dianggarkan lebih 200 orang pengunjung telah hadir memeriahkan majlis tersebut yang terdiri daripada peniaga-peniaga dan orang ramai sekitar kawasan Medan Niaga Tasik Damai serta jemputan-jemputan khas, termasuklah wakil-wakil koperasi, rakan-rakan niaga dan wakil-wakil Ar-Rahnu yang berada di sekitar kawasan Lembah Klang.

Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Encik Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah menzahirkan rasa kesyukuran atas majlis perasmian yang berlangsung dan menganggap ianya sebagai hadiah yang paling bermakna bagi warga KOPETRO sempena ulang tahun penubuhan KOPETRO ke 42 yang disambut pada tarikh yang sama.

“Alhamdulillah, hari ini amat istimewa buat warga KOPETRO kerana setelah 42 tahun KOPETRO ditubuhkan, hari ini kami berjaya mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan terasminya perniagaan ArRahnukita,” ujar beliau penuh gembira.

Tambah Ahmad Shakir lagi, kejayaan perniagaan ArRahnukita ini adalah bukti komitmen KOPETRO dalam memberikan pulangan yang menguntungkan kepada anggota-anggota dengan melipat-gandakan pendapatan syarikat seterusnya menyumbangkan kepada ekonomi negara.

Ahmad Shakir memberitahu hadirin bahawa selepas cawangan di Sungai Besi, ArRahnukita bakal membuka 3 buah lagi cawangan pada tahun hadapan dengan mensasarkan kawasan perniagaan di Ampang, Bangi dan Shah Alam sebagai kawasan pilihan.

Bersempena dengan perasmian ArRahnukita, sebuah karnival turut diadakan bagi menyemarakkan lagi sambutan dan meraikan tetamu-tetamu dan pelanggan-pelanggan yang hadir. Antara aktiviti yang menarik perhatian pengunjung-pengunjung adalah ujian dan cucian emas secara percuma dan jualan promosi produk-produk keluaran KOPETRO seperti makanan sedia dimakan jenama LengQuas, minyak pelincir jenama PETRONAS dan pakej percutian dan pelancongan yang ditawarkan KOPETRO Travel.

Lebih meriah lagi apabila 100 pengunjung pertama yang hadir telah menerima beg saguhati dan 20 penggadai pada hari tersebut turut dihadiahkan dengan barangan eksklusif ArRahnukita sebagai tanda penghargaan atas kepercayaan mereka menggunakan perkhidmatan ArRahnukita menawarkan perkhidmatan yang mesra pelanggan dan sebuah jenama yang dipercayai.

Untuk mengetahui kadar emas harian dan promosi terkini daripada ArRahnukita, ikuti akaun media sosial @ArRahnukita di Facebook dan Instagram atau hubungi talian 03-90559839 untuk sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ArRahnukita.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *