(SEMASA) Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran (MABIQ) – satu peluang menjana saham akhirat

Spread the love

Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran atau MABIQ  adalah sebuah maahad tahfiz Al-Quran dan akademik yang berkonsepkan kebajikan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin.

Ditubuhkan pada 3 Januari 2007 di atas Lot 29738 Kampung Peramu Tanjung Lumpur Kuantan Pahang yang berkeluasan tidak sampai ¼ ekar. Ia diasaskan oleh Ustaz Jamaluddin bin Abdul Jabbar dan isterinya Ustazah Umee Ruziani binti Ab Ghani.

Pada 13 Jun 2011 MABIQ membuka sebuah lagi cawangan atas nama Madrasah Al-Fatihah di Kampung Bukit Genting, Tebing Tinggi Jerantut, Pahang. Dan pada 1 Januari 2013 MABIQ membuka cawangan ketiga di Kampung Sepat – Penor, Kuantan Pahang atas nama MABIQ Pantai Sepat.

Kini (Mei 2017) MABIQ mempunyai lebih 165 pelajar, 12 orang guru sepenuh masa, 4 orang guru akademik separuh masa, 8 orang kakitangan pentadbiran dan 16 orang kakitangan restoran MABIQ.

Untuk makluman Mabiq Pantai Sepat akan membina bangunan 3 tingkat, bilik guru dan dewan pengajian Islam. Keluasan bangunan pada setiap tingkat ialah 80 kaki x 40 kaki. Jadi untuk 3 tingkat keluasannya ialah 9,600 kaki. Setiap lot yang dijual ialah RM100 per kaki persegi dan ianya dijangka bernilai RM960,000.00.

Tujuan bangunan ini didirikan adalah untuk memberi kemudahan kepada para pelajar untuk belajar dengan lebih baik.

Pihak Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran atau MABIQ mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada para penderma semoga pahalanya mengalir sepanjang zaman, Insya Allah.

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI

http://mabiq.blogspot.com.my/

E-mail : jamalmabiq@yahoo.com.my
mabiqhq@yahoo.com

Pejabat : 09-534 1639
Ustaz Jamal: 016-954 1234

Segala sumbangan boleh juga melalui

Maybank Islamic : 556 011 011 889

CIMB : 86 013 078 02

Bank Islam : 060 190 100 854 83

Bank Muamalat : 060 100 033 027 14

atas nama

MAAHAD BAHASA DAN ILMU AL-QUR’AN


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *