(SEMASA) Majlis Malam Jalinan Mesra Pameran Hadiah Malaysia Ke-12 2022

Spread the love

Kuala Lumpur, 22 Jun 2022: Majlis Malam Jalinan Mesra telah diadakan pada 22 Jun 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sempena Pameran Hadiah Malaysia (MGF) edisi ke-12, yang merupakan pameran hadiah dan cenderamata terbesar di ASEAN.

Majlis ini menghimpunkan pelbagai pemain industri dari seluruh pelosok dunia untuk pertukaran idea, perkongsian ilmu dan peluang rangkaian. Majlis ini merupakan anjuran Persatuan Hadiah dan Cenderamata Malaysia (MGPA), dengan sokongan kuat daripada Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB).

MyCEB merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, yang berfungsi sebagai agensi pusat untuk membantu perancang mesyuarat dan acara untuk mengadakan acara perniagaan antarabangsa di Malaysia dan bertindak sebagai saluran untuk pembangunan produk negara.

“Asia menjadi antara penyumbang utama pertumbuhan global dalam metrik berkaitan teknologi sepanjang dekad yang lalu, dan pandemik telah mempercepatkan lagi proses penggunaan teknologi. Tiga sifat khusus iaitu Kelajuan, Kerjasama dan Ketahanan adalah penting untuk kejayaan korporat di Asia. Ini termasuk kerjasama dengan pemain ekosistem mendatar, kerjasama berasaskan penyelidikan dan kerjasama awam-swasta.” kata Encik Peh Leong Seng, Presiden Persatuan Hadiah dan Cenderamata Malaysia (MGPA).

Platform pasaran atas talian Pameran Hadiah Malaysia baru dilancarkan, ia dapat membantu menjangkau berjuta-juta pembeli berpotensi secara serta-merta. Semua pemain industri dipanggil untuk mempromosikan produk mereka, sekaligus meningkatkan keterlihatan dan jangkauan mereka. Ringkasnya, syarikat-syarikat Asia boleh membina 3 sifat khusus ini untuk menangani cabaran dan bersedia untuk kejayaan masa depan.

Majlis Malam Jalinan Mesra ini telah diserikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan. Turut hadir ialah Encik Peh Leong Seng (Presiden Persatuan Hadiah dan Cenderamata Malaysia), Encik Ivan Loo (Pengerusi Penganjur Pameran Hadiah Malaysia ke-12 2022), peserta pameran dan tetamu.

“Saya ingin mengalu-alukan semua pemain industri yang mengambil petunjuk daripada MGPA, memperkenalkan acara perniagaan baru dan menarik, serta meneroka pelbagai inovasi dan bekerjasama antara satu sama lain. MyCEB berada di sini untuk membantu pemain industri menjadikan Malaysia sebagai Destinasi Seni, Budaya dan Kreatif Serantau, membantu meningkatkan ekonomi negara kita dan mengukuhkan daya saing Malaysia.” kata YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.

“Hadiah yang mewakili Malaysia bukan sahaja menggunakan unsur dan bahan tempatan, malah ia juga mestilah inovasi tempatan. Pameran Hadiah Malaysia telah menerajui pelaksanaan sudut inovatif, yang mempamerkan prototaip pemenang Anugerah Reka Bentuk Produk Promosi kita yang dianjurkan bersama dengan Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM).” kata Encik Ivan Loo, Pengerusi Penganjur Pameran Hadiah Malaysia ke-12 2022.

Dengan komitmen untuk mejadikan Malaysia sebagai Destinasi Seni, Budaya dan Kreatif Serantau, bagi membantu meningkatkan ekonomi negara kita dan mengukuhkan daya saing Malaysia, MGPA merupakan organisasi yang sesuai untuk bekerjasama dalam usaha ke arah membina platform yang kukuh dan menandakan inisiatif berterusan untuk mencipta lebih banyak kraf seni dan budaya tempatan Malaysia dalam mengekalkan tradisi dan warisannya.

Kraftangan Malaysia sebagai pendukung hadiah kesenian dan kebudayaan harus menjalin lebih banyak kerjasama dengan Pameran Hadiah Malaysia, sebuah platform yang mantap di rantau ASEAN, untuk mempromosikan hadiah kebudayaan Malaysia di pasaran domestik dan antarabangsa.

Untuk mendapatkan semula momentum, memandangkan pasca-pandemik merebut peluang eksport baru, MGPA mengharapkan pemulihan yang kuat dalam industri, mengembangkan teknologi baru untuk kebangkitan semula industri bagi menguatkan lagi pemulihan.

Pameran Hadiah Malaysia (MGF) edisi ke-12 akan diadakan pada 22 hingga 24 Jun 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Semua pelawat perniagaan dialualukan untuk menyertai.

—– END —–


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *