Kuala Lumpur, Mac 2025 – Hilton Kuala Lumpur dengan bangganya mengumumkan kempen Ramadan tahun ini, “Nikmati Sajian, Eratkan Jalinan,” yang mengundang para tetamu untuk berkumpul bersama keluarga, rakan-rakan, dan rakan sekerja bagi mencipta detik-detik bermakna menerusi pengalaman menjamu selera yang dirancang dengan penuh perhatian.
Tema tahun ini menekankan kepentingan memupuk hubungan dan meluangkan masa berkualiti bersama insan tersayang. Dengan pelbagai pilihan hidangan, Vasco’s di Hilton Kuala Lumpur menyediakan suasana yang sempurna untuk perhimpunan yang menginspirasi keakraban dan kebersamaan.
Apabila matahari terbenam, nikmatilah hidangan mewah yang menampilkan sajian tempatan dan antarabangsa, di mana bahan-bahan premium, hasil segar tempatan, serta resipi tradisional diberikan sentuhan moden bagi meningkatkan cita rasa sepanjang musim Ramadan ini.
Antara tarikan utama termasuklah hidangan istimewa oleh “Lambassador” Chef Ridzwan Rasit seperti Smoked Paprika Beef Shank, Rendang Hijau Bebola Daging Kambing Australia, Asam Pedas Tengkuk Kambing Australia, serta Iga Pendek Daging Lembu Australia yang Dibakar Perlahan dengan Serunding Kelapa dan Sambal Strawberi. Pilihan barat dan hidangan laut segar termasuk sashimi serta Arabic Lamb Kabsa turut tersedia.
Hidangan kegemaran ramai juga kembali mencuri tumpuan, termasuk Sup Gear Box istimewa Chef Jamsari, Murtabak Daging Angus, dan pelbagai juadah lazat lain. Jangan lepaskan peluang mencuba pelbagai pilihan di stesen panggangan Bakar-Bakar, yang menawarkan makanan laut dan daging yang dipanggang segar seperti pari bakar dengan sambal petai, salmon bersijil ASC, ketam cangkerang lembut, udang harimau, burung puyuh, serta kepak ayam berperisa.
Akhiri hidangan anda dengan pencuci mulut yang menggoda selera seperti serawa durian, durian tempura, Om Ali, Kunafa Baklava, stesen Harum Manis Mango, dan bar aiskrim premium. Para tetamu juga akan dihiburkan oleh kumpulan muzik Cahaya Band sepanjang malam.
Bufet Exquisite Ramadan Showcase di Vasco’s berharga RM238 nett bagi setiap dewasa dan RM119 nett bagi setiap kanak-kanak (6-12 tahun). Untuk tempahan, sila hubungi +603 2264 2264 atau buat tempahan dalam talian di Eat.Drink.Hilton.com.