(SEMASA) Miss Mr Mrs HIT Pageant 2022

Spread the love

Bertempat di TSR Conference Mall, Shah Alam, Selangor telah berlangsungnya Miss Mr Mrs HITs Malaysia 2022 Grand Finale di bawah anjuran Harry International Talent (HIT).

Selepas lama acara pertandingan dilaksanakan secara SOP penuh akibat pandemik #COVID19 dan pelbagai perintah kawalan pergerakan yang dikeluarkan oleh kerajaan, para pemenang pertandingan Miss Mr Mrs HIT Pageant 2022 telah dihimpunkan di malam penuh prestij bagi melengkapkan malam kemuncak Miss Mr Mrs HITs Malaysia 2022 Grand Finale.

Mengangkat 3 tema utama iaitu “recycle”, “nature“ dan “tropica” bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat agar menjaga alam sekitar disekeliling kita.

Bercakap kepada media berkenaan perancangan masa depan program ini, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, HIT iaitu Dr Barnikumar Balakrishnan atau lebih dikenali sebagai Harry menjelaskan bahawa setiap tahun HIT menjalankan banyak aktiviti yang melibatkan pemenang dan peserta Miss Mr Mrs HITs Malaysia. Antara program tersebut adalah bertemakan kebudayaan Malaysia sejajar dengan penglibatan peserta dari pelbagai bangsa Melayu, India, Cina dan Sabah serta Sarawak. Harry menambah penekanan aktiviti lebih terarah kepada unsur-unsur tradisional Malaysia.

Pertandingan yang dimulakan sekitar tahun 2016 ini merupakan satu-satunya pertandingan di Malaysia yang melibatkan tiga kategori – Miss, Mr & Mrs dan mendapat tajaan antaranya daripada Jess Creations, Izwani, Aisshwarya, GRANDE, Tribal Asia, Sound Assist dan banyak lagi.

RentakSejuta, MKU Malaysia Kalai Ulagam, Universal Media, Vannangal, Sai FM adalah antara beberapa rakan media rasmi yang menyokong acara tersebut. Pertandingan akhir telah disiarkan secara langsung melalui Rentak Sejuta dan MKU.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *