(SEMASA) MOSLEMA IN STYLE BAWA LABEL FESYEN MUSLIMAH GLOBAL KE KUALA LUMPUR NOVEMBER INI

Spread the love

save

Moslema In Style Fashion Forward 2015 (MISIFF 2015) telah mengumumkan penganjuran acara fesyen sopan di tahun ketiga. Bermula dari 7 hingga 8 November 2015, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kulala Lumpur bakal menjadi platform buat pereka fesyen Muslimah baru dan yang telah menempa nama di seluruh rantau dengan mempersembahkan koleksi rekaan terbaru mereka. Emy Yuzliza, Pengasas Moslema In Style berkata, “Kami bermula dengan membawa lapan pereka fesyen muda dari Malaysia dan Indonesia pada 2013; diperkenalkan atas nama ‘MISIFS’, yang juga merupakan acara pertunjukan fesyen pertama kami dihadiri bukan sahaja di kalangan tetamu Malaysia, tetapi juga United Kingdom dan negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapore, Brunei dan Thailand.”

Pentas peragaan MISIFF 2015 akan menampilkan 12 jenama fesyen Muslimah yang membawa hadirin kepada keindahan atmosfera fesyen sopan Muslimah seluruh dunia. “Pertunjukan fesyen hanya akan dibuka untuk tetamu wanita sahaja, sementara kawasan yang menempatkan booth pameran dan jualan akan dibuka untuk orang ramai,” tambah Emy Yuzliza.

Tarikan acara bersambung dengan pameran, seminar, bual bicara fesyen dan sesi beramah mesra bersama ikon fesyen muslimah dan blogger jemputan dari United Kingdom, Timur Tengah dan Asia Pasifik.

“Kami akan sentiasa mengekalkan hubungan baik bersama penaja, pereka fesyen, rakan media, dan semua peminat dan pengikut fesyen sopan Muslimah. Hanya kurang 45 hari sehingga acara berlangsung, team Moslema In Style memberi komitmen penuh untuk menjayakan acara ini dan lakar sejarah. Kami berharap dapat bertemu anda semua di PWTC Kuala Lumpur pada 7 dan 8 November ini!” akhiri EMy Yuzliza.

Untuk informasi lanjut, layari www.misiff.com.

FAQ | MISIFF 2015

  1. Bagaimana MISIFF bermula?

Mula diperkenalkan pada 2013 sebagai MISIFS, acara pertunjukan fesyen Moslema In Style adalah salah satu inisiatif untuk memberi platform kepada pereka fesyen Muslimah Malaysia membina jenama untuk lebih dikenali.

  1. Apa kelainan MISIFF?

Moslema In Style sangat komited untuk membawa MISIFF seiring dengan syariat. Pertunjukan fesyen akan dikendalikan oleh kru wanita sahaja; dari jurusolek sehinggalah ke kru di belakang pentas.

  1. Kenapa MISIFF 2015 adalah satu acara yang mesti dihadiri?

Program yang dikendalikan Moslema In Style programme telah diiktiraf di peringkat antarabangsa. Inilah masanya untuk mengenali dan mendekati individu di sebalik tabir fesyen muslimah di Malaysia dan antarabangsa. Untuk publisiti antarabangsa yang lebih komprehensif, MISIFF 2015 telah mempunyai persetujuan rasmi bersama rakan media antarabangsa termasuk A La Hijab (Turki), Muslim Bride Magazine (Afrika Selatan), Asian UK (United Kingdom)  dan Islam Channel UK; rangkaian program televisyen Islam terbesar di United Kingdom. Di samping barisan pertunjukan fesyen yang menarik, tetamu akan berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra bersama ikon fesyen dan blogger Muslimah antarabangsa dan menyertai aktiviti percuma seperti makeover solekan dan menyaksikan pameran fesyen sopan yang interaktif.

  1. Adakah akan ada elemen kejutan di MISIFF 2015?

Fesyen label terbaru oleh selebriti “A-list”, pertunjukan fesyen istimewa dan banyak lagi!

  1. Kenapa MISIFF 2015 mempunyai capaian tertentu dalam acara pertunjukan fesyen sopan?

Usaha untuk menjadi yang pertama dan mungkin hanya kami yang menampilkan acara fesyen yang berteraskan syariat memerlukan komitmen dan dedikasi yang tinggi. Itulah definisi MISIFF 2015 sebagai acara eksklusif buat wanita Muslim.

  1. Berapa banyak Negara yang terlibat dengan MISIFF 2015?

Nombor kiraan semakin meningkat setiap hari. Kami menerima banyak permintaan daripada negara yang kurang dikenali termasuklah Trinidad & Tobago.

  1. Kenapa Malaysia amat penting dalam industri fesyen sopan?

Di Malaysia, anggaran lima juta wanita Muslim, seramai 90% daripadanya memakai tudung dan berpakaian sopan. Menjadikan selendang, skarf dan tudung sebagai item fesyen, menyumbang kepada peningkatan perniagaan dan kewujudan beribu jenama hijab dan jubbah.

  1. Adakah Muslimah Malaysia mudah menerima stail hijab dari Negara lain?

Terlalu banyak pilihan hijab dan pakaian sopan yang menawarkan kepada pelbagai kelompok pengguna. Kebanyakan pemakai hijab di sini dipengaruhi dengan gaya hijab Timur Tengah. Trend instant hijab atau “hijab segera” semakin bercambah bagai cendawan selepas hujan. Ada juga yang lebih selesa mengenakan tudung labuh dan ringkas.

  1. Moslema In Style didapati banyak menjelajah ke luar negara. Apakah sasaran organisasi anda?

Untuk berpengkalan bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh benua.

  1. Acara fesyen sopan terbaik yang pernah disertai (selain daripada Moslema In Style sendiri)?

The Muslim Lifestyle Expo 2015 yang diadakan pada Ogos lepas di Coventry, United Kingdom.

MISIFF 2015 is a Moslema In Style event.

Follow us at @MoslemaInStyle, #MoslemaInStyle, @MISIFF_2015 and #MISIFF2015


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *