(SEMASA) Nabila Huda Wajah Baru Skinfiniti

Spread the love

IMG_8781editoo

SERI UDANI HOLDINGS telah melancarkan barisan produk terbaru mereka di bawah jenama SKINFINITI pada 9 Jun 2015 yang lalu bertempat di The Ritz-Carlton Kuala Lumpur. Produk-produk terbaru ini telah dirasmikan oleh pengerusi MATRADE, YB Dato’ Noraini Ahmad yang turut sama hadir memeriahkan majlis gilang gemilang tersebut.

SKINFINITI juga secara rasmi memperkenalkan duta terbaru mereka iaitu Nabila Huda yang menggantikan Irma Hasmi sebagai wajah rasmi SKINFINITI. Menurut Pengarah Urusan Seri Udani, Dato’ Seri Udani  menjelaskan pemilihan Nabila Huda bersesuaian dengan hala tuju syarikat beliau yang terkini. Beliau menambah, barisan produk SKINFINITI telah dikembangkan dengan pengenalan dua produk baru selain produk utama mereka iaitu RADIGLOW.  RADIGLOW merupakan suplimen tambahan terbaik untuk kesihatan luaran dan dalaman juga terbaik untuk kecantikan kulit. Suplimen tambahan yang lengkap untuk membekalkan nutrisi secukupnya yang diperlukan untuk tubuh badan manusia. Ia merupakan supplement kulit PREMIUM dibawah syarikat kosmetik terkenal Seri Udani Beauty Sdn Bhd. Diyakini halal dan selamat untuk digunakan dan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

SERI UDANI HOLDINGS telah mempelbagaikan rangkaian produk dengan menghasilkan siri baru makanan tambahan seperti RADISLEMZ untuk menguruskan badan dan RADIBLOSSOM untuk meningkatkan feminity wanita  yang merupakan makanan tambahan yang lengkap untuk kecantikan dan kesihatan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *