(SEMASA) NIKMATI HIDANGAN HUT’S DELIGHT DENGAN HARGA SERENDAH RM14 SEORANG!

Spread the love

PIC 2

KUALA LUMPUR, 1 Mac 2016 – Pizza Hut Malaysia sentiasa melangkaui jangkaan pelanggan secara berterusan dengan menawarkan lebih banyak lagi kombo-kombo bernilai hebat. Kini, hidangan promosi popular Hut’s Delight Meals telah dipertingkatkan lagi dengan kepelbagaian menu untuk dinikmati di restoran dengan harga serendah RM14.00 seorang.

PIC 3smallHidangan Hut’s Delight Meals boleh didapati melalui kombo-kombo yang sesuai dinikmati untuk seorang, dua orang mahupun empat orang, dengan menawarkan pelbagai pilihan piza, pasta, pembuka selera dan juga minuman.

“Hidangan Hut’s Delight Meals yang telah diperbaharui ini menawarkan pilihan yang lebih meluas bagi memuaskan selera setiap pelanggan. Kepelbagaian menu pada harga yang ditawarkan ini sememangnya amat berbaloi,” kata Sharon Khor, Timbalan Pengurus Besar, Pizza Hut Marketing.

Kepelbagaian dalam menu yang diperbaharui ini juga memberi peluang kepada pelanggan untuk nikmati lebih pilihan dan lebih penjimatan tanpa kejutan dalam bil, hanya padat dengan nilai. Selain itu, hidangan promosi ini juga boleh didapati sepanjang hari bagi memberikan kemudahan kepada pelanggan untuk menikmati pengalaman makan yang menyeronokkan bersama rakan-rakan dan keluarga pada bila-bila masa.

Hidangan Hut’s Delight Meals boleh didapati bermula dari 1 Mac 2016, dan akan dipromosikan di media massa, contohnya, TV, radio, dan akhbar serta serta titik bahan jualan (POSM). Media sosial dan digital juga akan digunakan bagi memastikan Pizza Hut dapat mencapai pelanggan-pelanggannya yang celik digital.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *