(SEMASA) NIKMATI KEUNIKAN DAN KEISTIMEWAAN THAILAND MENERUSI PESTA TEH THAI CHATIME

Spread the love

Photo 1

10 September 2015, Malaysia – ‘Sawa-Tea-Cup’ buat semua pencinta teh! Dalam meraikan kehebatan dan keenakan minuman teh dari serata dunia, Chatime Malaysia, jenama terkemuka dalam industri teh moden negara, telah merangka produk eksklusif baru dalam rangkaian minuman teh yang diinspirasikan daripada keenakan minuman popular teh susu Thai: Pearl Thai Milk Tea dan Coconut Top Thai Milk Tea buat semua pencinta teh di seluruh negara sempena tempoh promosi istimewa Pesta Teh Thai.

Photo 2

Dalam menggerakkan visi untuk meningkatkan budaya moden minum teh di dalam negara, Chatime sekali lagi mengambil langkah berani untuk mengubah cara rakyat Malaysia menikmati minuman teh dengan memperkenalkan perisa baru dalam minuman yang diinspirasikan daripada budaya minum teh dari Thailand.

Sasaran Chatime ialah untuk membawakan minuman klasik daripada negara luar yang berbeza daripada minuman biasa yang boleh anda dapati.

Pesta Teh Thai yang dialncarkan oleh Chatime menghidang-hidangkan minuman baru, Pearl Thai Milk Tea dan minuman ice-blended Coconut Top Thai Milk Tea yang disuntik dengan elemen moden berasaskan rasa teh Thai di dalam minuman anda.

Kedua-duanya direka khas oleh Chatime bersama pakar teh daripada Taiwan menggunakan hanya bahan-bahan terbaik untuk memberikan nikmat minuman teh terbaik buat pengguna:

cha cha cha

Minuman baru Chatime Pearl Thai Milk Tea ini kini boleh didapati pada harga RM6.50 (saiz sederhana) dan RM7.50 (Saiz besar) manakala untuk minuman Coconut Top Thai Milk Tea pula pada harga RM8.50. Siri Thai Milk Tea boleh didapati di semua rangkaian outlet Chatime di seluruh negara kecuali di Queensbay Mall, Pulau Pinang. Tempoh promosi ini bermula pada 14 September ini sehingga stok masih ada.

“Thai Milk Tea adalah minuman yang digemari oleh kebanyakan penggemar teh di seluruh dunia. Bagaimanapun, biarpun popular, peluang untuk pelanggan menikmati minuman tersebut masih lagi terhad dan cuma didapati di restoran Thai di Malaysia. Maka, dengan pelancaran siri minuman baru daripada kami ini, kami sasarkan untuk membawa keenakan rasa Thai Milk Tea ini kepada semua penggemar minuman Chatime.” kata Bryan Loo, Pengarah Urusan Chatime Malaysia.

THIRSTEA RINGGIT
Sejajar dengan promosi Pesta Teh Thai, Chatime turut mengambil peluang itu untuk mengumumkan haluan bisnes terbaru syarikat yang fokusnya adalah menyediakan pelanggan kemudahan baru menerusi program keahlian kad Thirstea termasuk perancangan untuk meluaskan lagi rangkaian cawangan di Malaysia.

Dalam usaha untuk memberikan pengalaman membeli-belah buat pengguna moden terkini, Chatime memperkenalkan sistem tambah nilai prabayar yang diberi nama Thirstea Ringgit ke dalam program kad keahlian Thirstea yang sedia ada. Selain manfaat kad yang sedia ada, sistem tambah nilai baru itu membolehkan pelanggan menambah nilai wang ke dalam kad Thirstea mereka yang boleh digunakan untuk pembelian seterusnya di samping menikmati pengalaman membeli tanpa menggunakan wang tunai.

Kini, biarpun anda terlupa membawa dompet atau tidak mempunyai wang tunai di tangan, pelanggan Chatime masih boleh membeli minuman kegemaran mereka pada bila- bila masa dan dimana sahaja tanpa perlu bimbang mengenai situasi kewangan mereka.

Sempena pelancaran program Thirstea Ringgit, Chatime akan menawarkan ganjaran kepada pelanggan yang mencuba servis baru tersebut. Dengan setiap 10 pembelian minuman Chatime menerusi Thirstea Ringgit, pelanggan boleh menikmati satu minuman percuma daripada Chatime. Perkhidmatan Thistea Ringgit yang baru ini akan dilancarkan pada 1 Oktober ini di semua cawangan Chatime di seluruh negara.

Menampilkan pembaharuan yang berterusan, Chatime juga akan melancarkan aplikasi telefon bimbit sejajar dengan pelancaran sistem Thirstea Ringgit menjelang Oktober ini.
Menerusi aplikasi Chatime Malaysia, pelanggan berpeluang menerima sebarang informasi dan promosi baru termasuk menerima pelbagai hadiah menarik yang akan dihantar secara terus ke telefon bimbit mereka. Dengan pengenalan Thirstea Ringgit, aplikasi tersebut turut membolehkan pemegang kad Thirstea untuk membuat pembayaran, menambah nilai dan membuat rujukan berkaitan ganjaran keahlian walau dimana mereka berada. Pembaharuan ini adalah langkah inisiatif pertama Chatime dalam membantu menggerakkan syarikat ke arah penggunaan aplikasi digital tanpa sempadan selain meningkatkan tahap kepercayaan pelanggan terhadap jenama tersebut.

“Sebagai langkah Chatime meneruskan usaha mendominasi kewujudannya di Malaysia menerusi usaha penghasilan minuman teh yang pelbagai dan kualiti yang terjamin, kami berharap dapat memberi ganjaran berterusan kepada pelanggan setia kami menerusi kad Thirstea menerusi platform baru ini kerana merekalah yang membantu kejayaan kami selama ini.

“Dengan penambahbaikan terbaru Thirstea Ringgit dalam kad Thirstea Chatime, ahli-ahli dapat membeli dengan mudah minuman kegemaran mereka dengan cuma satu layangan kad sahaja. Sama ada ahli tersebut adalah penggemar teh atau coklat, kad Thirstea membolehkan mereka menikmati minuman kami dengan mudah,” kata Loo.

Menjelang akhir tahun 2015, rangkaian Chatime akan mencapai 150 cawangan di seluruh Malaysia dalam usahamengukuhkan penjenamaan mereka di negara ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Chatime Malaysia, layari laman web www.chatime.com.my


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *