(SEMASA) OPPO MENCERIAKAN KANAK-KANAK KURANG BERNASIB BAIK DI 10 NEGERI SEMPENA BULAN RAMADAN

Spread the love

KUALA LUMPUR, 16 JUN – OPPO Malaysia meningkatkan usaha mereka untuk berbakti bulan Ramadan ini dengan membawa kegembiraan dan keceriaan kepada 424 orang kanak-kanak dari rumah anak yatim di Lembah Klang, Kota Bharu, Kedah, Johor, Perak, Kuantan, Melaka, Sabah, dan Sarawak Untuk menyebarkan semangat perayaan, OPPO telah menghulurkan sumbangan berbentuk keperluan harian dan kewangan berjumlah RM 200,000.00 Di kawasan Lembah Klang, 35 orang kanak-kanak telah menerima bantuan kewangan dan barangan keperluan harian daripada pihak OPPO Malaysia.

Khusus di kawasan Lembah Klang, OPPO telah melawati Pusat Jagaan Kasih Murni untuk membawakan pelbagai aktiviti yang menarik dan persembahan kepada kanak-kanak di rumah tersebut. Keceriaan di rumah tersebut dimulakan dengan persembahan oleh Ollie, mascot OPPO yang cukup terkenal dan disayangi ramai. Kanak-kanak dihiburkan dengan tarian dan pelbagai aktiviti oleh OLLIE. Setelah tamatnya persembahan, OPPO menghulurkan bantuan kewangan, serta barang keperluan harian kepada rumah tersebut.

“Setiap kanak-kanak adalah istimewa dan patut merasa gembira dan selamat pada setiap masa. Rumah-rumah yang kami telah lawati di seluruh negara telah melakukan yang sebaik mungkin untuk memastikan bahawa kanak-kanaknya dijaga dengan baik, itulah sebabnya kami amat berbesar hati untuk membuat sumbangan ini. Kami percaya bahawa dengan sumbangan kami ini akan sedikit sebanyak membantu pihak Pusat Jagaan Kasih Murni untuk menyediakan keperluan asas para kanak-kanak dengan lebih mudah “kata Encik.William Fang, Ketua Pegawai Eksekutif OPPO Malaysia.

OPPO Malaysia menghulurkan bantuan kewangan dan barangan keperluan harian kepada pihak Pusat Jagaan Kasih Murni
Dalam langkah yang mengejutkan ahli-ahli rumah, OPPO juga mengumumkan bahawa mereka akan menawarkan peluang pekerjaan kepada kanak-kanak yang layak bekerja.

“Kita telah mencapai pelbagai kejayaan dalam tempoh empat tahun di Malaysia. Baru-baru ini, OPPO R9s tersenarai di 3 tempat teratas sebagai telefon pintar paling laris pada Q1 2017 – semuanya atas sokongan rakyat Malaysia. Sumbangan kami yang tidak seberapa ini merupakan salah satu cara bagi kami untuk melaksanakan tanggungjawab kami terhadap masyarakat, kerana di OPPO, kami percaya bahawa usaha meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik merupakan sesuatu yang semua orang boleh dan harus terlibat dalam. Sempena bulan Ramadan ini, kami mahu memastikan bahawa usaha ini akan memberi impak kepada semua kanak-kanak,” jelas Fang.

“Kami amat bersyukur dengan sumbangan daripada OPPO. Sumbangan murah hati ini amat berguna, khususnya untuk membeli baju dan persediaan raya nanti,” kata Puan Rohana dari Pusat Jagaan Kasih Murni.

Setibanya masa berpuka puasa, OPPO menyediakan juadah yang cukup menyelerakan buat kanak-kanak dan pekerja di rumah tersebut. Selesai sahaja sesi berbuka puasa, Ollie sekali lagi tampil untuk menceriakan kanak-kanak di Pusat Jagaan Kasih Murni.
Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh mulia, dan kami amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk menyertai kanak-kanak serta penjaga mereka semasa sesi berbuka puasa,” kata Fang.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *