(SEMASA) OPPO Umumkan Find 7, Telefon Paparan 2K 5.5 Inci Pertama di Dunia

Spread the love

OPPO Find 7 Launch

OPPO Electronics Sdn Bhd hari ini mengumumkan penampilan kali pertama di Malaysia telefon perdana keluarannya dalam siri Find, iaitu Find 7 – peranti 4G/LTE pertama daripada OPPO yang juga menyokong resolusi Quad HD. Telefon ini telah diumumkan kepada pasaran dunia pada Mac lalu di Beijing. 

Menyusul Find 5 yang mendapat gelaran telefon mudah alih paparan penuh HD pertama di dunia, telefon Find 7 direkacipta dengan mengambil kira keperluan pengguna sambil meningkatkan tahap inovasi dalam teknologi telefon mudah alih. OPPO Find 7 menyingkap dunia resolusi baru dengan memperkenalkan paparan Quad HD 5.5-inci dengan teknologi Touch-on-Lens (Sentuh Kanta). Teknologi unggul ini digandingkan dengan Gorilla Glass 3 menjadikan skrin Find 7 bukan sahaja tegar, tetapi juga menambahkan kekuatannya sebanyak 40%.

Telefon ini juga dilengkapi dengan Pure Image 2.0, kaedah fotografi perkakasan dan perisian yang meningkatkan imej yang diambil oleh kamera 13 megapiksel kepada imej 50 megapiksel. Mod “Ultra-HD” melakukan ini dengan mengambil sepuluh foto di bahagian belakang dengan hanya menekan satu butang, kemudian menggabungkan foto-foto itu untuk mencipta imej terbaik untuk cetakan berkualiti tinggi. Pure Image pada OPPO Find 7 termasuk enam kanta fizikal, sensor terkini Sony Stacked CMOS IMX214 dan apertur lebar f/2.0, memastikan imej terang jelas setiap kali.

Mempunyai kerangka aloi titanium-aluminum yang pejal, Find 7 mengguna pakai teknologi termoden. Salah satu inovasi tersebut ialah teknologi pengecas pantas VOOC yang baru dibangunkan.Teknologi ini memendekkan masa pengecasan dengan mudah, memanjangkan hayat bateri telefon kepada 75% dalam masa 30 minit. Teknologi pengecas pantas VOOC ini juga mempunyai ciri keselamatan terdiri daripada lima lapis perlindungan terma (haba) yang mencegah pemanasan secara berlebihan semasa mengecas.

Memperhebatkan lagi telefon ini ialah suite peningkatan MaxxAudio yang memenangi Technical GRAMMY Award – ini meningkatkan julat dan frekuensi dinamik Find 7, menghasilkan bunyi yang jelas untuk penikmatanaudio yang berkualiti tinggi.

“Setelah melancarkan jenama ini di Malaysia pada bulan Februari lalu, pihak OPPO begitu teruja untuk memperkenalkan Find 7, salah satu teknologitelefon pintar termaju dalam rangkaian telefon keluaran kami. Menyambung tradisi reka bentuk dan ciri-ciri berkualiti dalam siri Find, telefon pintar Find 7 menggunakan teknologi moden bertujuan untuk memperhebatkan pengalaman telefon pintar bagi semua pelanggan kami,” kata William Fang, Ketua Pegawai Eksekutif OPPO Electronics.

Telefon pintar Find 7a boleh didapati secara rasmi di semua cawangan dengan harga RM 1,598 manakala Find 7 dijual dengan harga RM 1,998 akan mula diedarkan di Malaysia pada akhir bulan Jun.

 OPPO_Find 7 -3 tofa

Spesifikasi OPPO Find 7:

Warna: Midnight/White

Ukuran: 152.6 × 75 × 9.2 mm

Berat: 173 g

Sistem Operasi: ColorOS 1.2.0 berasaskan Android 4.3

Pemprosesan: 2.5GHz 801 Quad-Core (MSM8974AC)

GPU: Adreno 330

Memori: 32 GB ROM (boleh ditingkatkan sehingga 128 GB) / 3GB RAM

Bateri: 3,000 mAh (Pengecasan pantas VOOC)

Paparan: 5.5 inci, paparan 1440p Quad HD IPS (2560 x 1440 piksel), 538 PPI, 16

juta warna

Skrin sesentuh: Multi-sentuh, skrin kapasiti, Gorilla Glass 3, menyokong input sentuhan skrin kalis air dan mod sarung tangan

Kamera: Sensor Sony IMX214 13 megapiksel dengan dedikasi ISP, Dual-mode LED,

Apertur f/2.0

Mod “Scene”: Normal, Panorama, High Dynamic Range, Audio Photo, Beautify, Slow Shutter dan .GIF mode

Rangkaian/Jalur:

– Antarabangsa:

GSM/GPRS/EDGE: 850/900/1800/1900MHz

WCDMA: 850/900/1900/2100MHz

FDD-LTE: Jalur B1/3/7/20

TD-LTE: Jalur B40

– Mexico & US:

GSM/GPRS/EDGE: 850/900/1800/1900MHz

WCDMA: 850/900/1700/1900/2100 MHz

FDD-LTE: Jalur B1/4/17

– Indonesia:

GSM/GPRS/EDGE: 850/900/1800/1900MHz

WCDMA: 850/900/1900/2100MHz

Ciri-ciri: USB OTG, Bluetooth 4.0, 5G Wi-Fi 802.11 ac, Wi-Fi Direct, Wi-Fi Display,

GPS, Distance sensor, Light sensor, G-sensor, 4D Gyroscope

Pakej: OPPO Find 7, Bateri, fon telinga, Kabel USB mikro, Pengecas pantas VOOC


 10309504_242049965995819_4691401006231393950_n

Latar belakang OPPO

OPPO Electronics Corp. merupakan sebuah syarikat pembuat elektronik antarabangsa. Keluaran utama, antaranyaialahalat pemain Disk DVD Blu-ray dan telefon bimbit. OPPO merupakan jenama teknologi yang berdaftar di peringkat global.

Pada tahun 2008, syarikat peneroka pasaran telefon bimbit, telefon pertama keluarannya ialah telefon Smile. Suatu pakatan strategik dengan RealNetworks mempopularkan telefon muzik siri Real.

Kejayaan telefon Smile diikuti dengan Finder yang inovatif, telefon bimbit ternipis dalam industri ketika itu. Find 5 muncul sebagai telefon pintar 1080p pertama di dunia, ini disusuli dengan keluaran N1, model perdana dalam siri N. N1 menampilkan kamera berputar, O-click, O-touch dan menandakan era baru bagi OPPO.


Spread the love

One comment on “(SEMASA) OPPO Umumkan Find 7, Telefon Paparan 2K 5.5 Inci Pertama di Dunia

  1. cecile says:

    d mna cawangan Oppo yg terdekat di Kuala Lumpur?
    dan apa perbezaan Oppo find 7 dengan 7a? kenapa harga jauh berbeza?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *