(SEMASA) Oral-B melancarkan “Rethink Your Mouth” – kempen untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kebersihan mulut

Spread the love

oral bgmo

Mulut yang sihat berkait rapat dengan tubuh yang sihat. Dengan itu, pakar penjagaan mulut Oral-B telah melancarkan kempen “Rethink Your Mouth” bagi meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan mulut sempurna dengan memberus gigi, memflos dan membilas dengan betul agar dapat meningkatkan kualiti hidup serta senyuman yang menarik dan meyakinkan. Memiliki keyakinan terhadap kebersihan mulut adalah penting agar dapat berhubung antara satu sama lain dengan lebih baik untuk kualiti kehidupan yang lebih sempurna.

oral b (2)small

Pelancaran kempen telah disempurnakan oleh Pengarah Jualan P&G Malaysia, Cik Jenny Chew dengan sokongan Guardian-GCH Retail Malaysia.

Aktres popular dan duta Oral-B Lisa Surihani, serta pakar bedah pergigian yang juga angkasawan negara Dr. Faiz Khaleed turut hadir pada majlis tersebut untuk membincangkan penjagaan rapi mulut dan bagaimana memberus, memflos dan membilas setiap hari adalah cara terbaik menghilangkan plak.

Sehubungan dengan kempen “Rethink Your Mouth” Oral-B telah melancarkan aplikasi Facebook untuk anda berpeluang menyaksikan Lisa Surihani di laman Facebook anda. ‘Like’ dan kongsi aplikasi Facebook ini untuk menyebarkan mesej betapa pentingnya kesihatan mulut yang memerlukan perlindungan terbaik – melalui kaedah Berus, Flos dan Bilas!

Pada pelancaran tersebut, Cik Jenny Chew berkata: “Ekoran tahap penjagaan mulut yang rendah dikalangan masyarakat Malaysia secara umumnya, yakni kurangnya amalan penjagaan mulut yang sempurna, separuh daripada populasi negara mengalami masalah kesihatan mulut dan ini mempengaruhi mereka secara emosi apabila hampir 80% daripada mereka mengaku kurang yakin untuk melibatkan diri dengan orang lain ekoran kesihatan mulut mereka”.

“Oral-B adalah jenama No. 1 yang disyorkan doktor gigi seluruh dunia dan mempunyai portfolio produk penjagaan gigi yang sempurna*. Dengan DNA yang kukuh, Oral-B di Malaysia berada dalam posisi untuk memberi pengetahuan sempurna penjagaan mulut untuk mendapatkan senyuman yang meyakinkan.”

Dalam perbincangannya, Dr. Faiz Khaleed menegaskan bahawa mulut kita memerlukan penjagaan terbaik dan penjagaan mulut yang sempurna tidak harus diabaikan.

Kata beliau: “Adalah penting untuk menjaga kebersihan mulut dengan memberus, memflos dan membilas kerana plak adalah punca utama masalah mulut seperti bau busuk, pereputan gigi dan penyakit gusi. Menggunakan berus gigi yang betul serta kaedah yang betul, memflos dan membilas adalah cara termudah untuk memastikan plak dapat ditanggalkan setiap hari’.

Langkah pertama untuk mendapatkan kesihatan mulut sempurna ialah mengatasi masalah menanggalkan plak. Tidak seperti berus gigi lain, berus Oral-B Pro-Health Clinical Pro-Flex mempunyai sisi yang fleksibel untuk membersihkan kawasan plak sering terkumpul. Inovasi ini menanggalkan sehingga 93% plak di kawasan yang sukar dicapai**.

Oral-B Glide Pro-Health Floss memiliki teknologi unik untuk pembersihan sempurna. Ia memberi perasaan yang dingin dan bersih setiap kali anda memflos. Ia juga kuat dan tahan carikan dengan lapisan lilin semulajadi untuk cengkaman yang baik.

Oral-B Pro-Health Tooh & Gum care Mouth Rinse mempunyai tindakan 2-dalam-1 untuk melawan kaviti dan menyegarkan bau mulut. Ia adalah bebas alkohol dan sesuai untuk semua golongan terutamanya yang memiliki gigi dan gusi yang sensitif. Oral-B Pro-Health Rinse mengandungi flourida untuk melawan kaviti dengan lebih efektif berbanding dengan hanya memberus. Ia juga mengandungi Cetyl-pyridinium Chloride, bahan yang terbukti secara klinikal untuk mengurangkan pembentukan plak.

 

Harga untuk produk Oral-B adalah seperti berikut:

Product Name

Suggested Retail Price (MYR)

Berus gigi Pro-Health Clinical Pro-Flex

14.70

Oral-B Glide Pro-Health Floss

XX

Oral-B Pro-Health Tooth & Gum Care Mouth Rinse (500ml)

19.90

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *