(SEMASA) PAINTHEAD ASIA bakal meriahkan Art of Speed Malaysia 2016! 

kldnsmkndds

Art of Speed, acara tempatan Ol-Skool & Kustom Kulture akan memperkenalkan PAINTHEAD ASIA iaitu pertunjukan seni dari sekumpulan artis serantau yang akan berkongsi satu platform untuk mempamerkan hasil kerja seni mereka.

Pameran seni yang akan menjadi yang pertama seumpamanya di Asia, akan juga memupuk kerjasama lanjut dalam kalangan artis antarabangsa dan tempatan seperti Bacon Decoration “Jun” dari Jepun, Arkiv Vilmansa & Fahmi Freeflow dari Indonesia, Mr. Pinman & Twocs Itthipong dari Thailand, Mark SBTG & Feroze McLeod dari Singapura akhir sekali mewakili Malaysia adalah Adrian Nunis “Affa Project” & Ezudean Ishak “Rolling Ink”.

Produk utama pertunjukan seni ini adalah topi keledar dan ditaja sepenuhnya oleh Bettle Helmet dari negara Jepun. Setiap topi keledar yang direka oleh artis-artis yang dinyatakan di atas akan dijual melalui “Silent Auction” dan menurut penganjur, 100% daripada hasil jualan akan disalurkan kepada artis tersebut.

Dengan pengisian acara yang istimewa ini, diharap pengunjung akan datang dan melihat sendiri dengan lebih dekat hasil seni dari artis-artis antarabangsa dan juga menyokong bakat artis tempatan kita yang akan mempersembahkan hasil seni mereka di pameran PAINTHEAD ASIA.

Selain PAINTHEAD ASIA, tarikan lain di Art of Speed adalah termasuk penampilan khas iaitu Jason Webber dari ATR Choppers USA, Jeff Leighton dari The Wretched Hive USA, Steve Caballero dari USA, Shige Suganuma & Wildman dari MOONEYES Japan, Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters.com Japan, Hi-Technix Japan Lowrider Hopping Show dari Jepun, Koji Hamada dari Hammer Sycle Jepun, Kaichiroh Kurosu dari Cherry’s Company Jepun, The Nash dari Burnout Magazine Japan, dan kumpulan kolektif artis pinstripe dari Jepun; Makoto, Mr. G, Jetwrench dan Boo.

Art of Speed 2016 juga akan menampilkan pertandingan Show and Shine di dalam dewan bertutup bersaiz 100,000 kaki persegi yang berhawa dingin, MotoJamm, acara stunt & persembahan demo istimewa motosikal trial, galeri seni Moto Circus dengan artis tempatan dan antarabangsa, Kustom & Coffee Talk, Larian Maskot Kelab Automotif, aktiviti kanak-kanak dan keluarga seperti belon air gergasi, aktiviti kebajikan kumpulan Star Wars, Soapbox Show & Go!, jualan bazaar dan arena papan selaju.

Pemenang Best of Show dalam pertandingan Show & Shine di dalam kategori kereta dan motosikal akan memenangi percutian dan hadir ke acara MOONEYES Yokohama Hotrod and Custom Show pada Disember ini sebagai tetamu kehormat.

Acara kelima Art of Speed akan berlaku di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) pada 28 dan 29 Mei 2016.

Maklumat lebih lanjut mengenai acara ini boleh dilayari di www.artofspeedmy.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *