(SEMASA) PAMERAN MINI HOLLYWOOD DAN MEMORIBILIA BOLASEPAK

Spread the love

Bahasa-01

KUALA LUMPUR, 05 November 2015 – Private Collecter Club (PCC)  membawakan pameran mini khas buat rakyat Malaysia untuk mereka melihat  sendiri barangan perfileman Hollywood dan juga memorabilia bolasepak dengan  lebih dekat hujung minggu ini.
Harry Potter

Menerusi berkolabarasi bersama Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic) bersempena  dengan Festival MaTic Street Art 2015, pameran ini akan diadakan pada 6  November sehingga 8 November bermula jam 10.00 pagi ke 10.00 malam di Pusat Pelancongan Malaysia, Jalan Ampang Kuala  Lumpur.

Menggunakan platfrom Hollywood Malaysia Flash Museum (HMFM) dan United  Soccer Fandom Malaysia (USFM), PCC akan mempamerkan barangan asal  penggambaran set filem-filem blokbuster Hollywiid selain keunikkan memorabilia  bolasepak yang jarang sekali dilihat di depan mata.

The Joker

Bagi peminat filem Hollywood, pihak PCC mempamerkan 6 tema dari filem  terkenal iaitu Harry Potter, Star Wars, Transformer, Ironman, The Hobbit dan filem  seram, Annabelle. Buat peminat bolasepak pula, memorabilia yang akan dipamerkan adalah dari Liga Premier Inggeris seperti trofi, cincin, wang syiling,  bola serta koleksi jersi khas pasukan-pasukan Manchaster United , Chelsea, Arsenal  dan Liverpool.

Star Wars

Selain itu, PCC turut akan mengadakan pelbagai aktiviti dan pertandingan seperti  pertandingan fotografi, dan cabutan bertuah bagi pengunjung dimana hadiah yang  ditawarkan cukup lumayan.  Antara yang ditawarkan kepada pengunjung ialah Iphone namun paling mencuri  tumpuan pastinya jersi eksklusif Real Madrid yang ditandatangani sendiri oleh  bintang bolasepak dunia, Cristiano Ronaldo.

Darth Maul

Harga tiket yang dikenakan ke pameran ini ialah RM66 untuk dewasa dan RM44  untuk kanak-kanak. Bagi pengunjung yang telah membuat tempaha awal, mereka  akan mendapat 10% diskaun. Pihak pengajur dari HMFM dan USFM turut menjual  barangan unik kepada pengunjung.

Maklumat lanjut mengenai aktiviti dan pertandingan yang diadakan boleh dilayari  laman sosial media PCC menerusi akaun instagram @privatecollector.club dan  facebook Private Collector Club.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *