(SEMASA) PELANCARAN KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA@LULU TAHUN 2020 DI LULU HYPERMARKET AND DEPARTMENTAL STORE KUALA LUMPUR

Spread the love

KUALA LUMPUR, 22 OGOS 2020 – bagi menangani impak pelaksanaan pkp yang menyebabkan kemerosotan kepada sektor peruncitan dalam negara, kementerian telah mengambil langkah proaktif bagi memastikan sektor ini kembali berdaya saing dan mampu mengekalkan sumbangan besar kepada ekonomi negara. Kementerian terus menggerakkan inisiatif kempen beli barangan malaysia yang berpotensi untuk merancakkan sektor peruncitan di samping mengembalikan permintaan pasaran dalam negara.

Kempen beli barangan malaysia (kbbm)

  1. Kempen beli barangan malaysia (kbbm) adalah merupakan sebuah inisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan sejak tahun 1984 dan telah diberikan tanggungjawab untuk dilaksanakan oleh kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna (kpdnhep). Kempen kbbm ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan perbelanjaan domestik dengan menggalakkan pengguna di malaysia untuk membeli barangan tempatan dan memupuk semangat patriotisme rakyat        malaysia   bagi  mengutamakan barangan keluaran
  1. Kerajaan memperkasakan kbbm bagi tahun ini untuk mengimbangi cabaran ekonomi semasa khususnya bagi merancakkan dan merangsang pertumbuhan ekonomi domestik. Melalui kempen ini, kementerian berhasrat untuk membantu pengusaha tempatan dalam memasar dan memperluaskan produk dan perkhidmatan mereka selain memberikan dorongan kepada pengusaha- pengusaha tempatan dalam menghasilkan produk- produk tempatan yang setanding dengan produk luar negara yang
  1. Kementerian telah melaksanakan pelbagai strategi dan mekanisma dalam memperkenalkan produk-produk buatan malaysia serta produk-produk pks tempatan ke dalam sektor peruncitan melalui kerjasama dengan syarikat-syarikat peruncitan utama di negara ini, sehinggalah produk-produk tempatan ini mampu menembusi pasaran hypermarket, pasar raya dan kedai serbaneka di seluruh negara. Inisiatif ini sekaligus dapat membantu pengusaha-pengusaha tempatan memperluaskan pasaran bagi produk keluaran

Sokongan lulu hypermarket & departmental store malaysia bagi kbbm 2020

  1. Kementerian menghargai sokongan yang diterima pihak lulu malaysia yang telah memberikan komitmen dalam membantu menjayakan inisiatif ini. Walaupun dengan hanya jumlah outlet sebanyak dua buah sahaja (iaitu di lulu capsquare dan lulu shamelin), pihak lulu malaysia telah banyak membantu memberikan laluan dan tempat kepada usahawan- usahawan jenama tempatan di lulu hypermarket & departmental store malaysia. Lulu malaysia mempunyai cadangan untuk membuka lebih banyak outlet lulu hypermarket di seluruh negara seperti di setia alam, johor bahru, bangi dan
  1. Terdapat 191 cawangan lulu hypermarket and departmental store di sebelas (11) buah negara terutamanya di timur tengah dan asia dengan nilai jualan usd9 bilion setahun. Kementerian berharap pihak lulu dapat mempertimbangkan bagi memasarkan jenama produk-produk malaysia dengan lebih agresif ke pasaran timur tengah melalui hypermarket lulu sebagai platform atau hub untuk barangan malaysia menembusi pasaran di rantau

 

  1. Pada tahun 2019, lulu malaysia telah membantu memasarkan produk-produk malaysia terutamanya produk makanan dan minuman (f&b) serta barangan segar (fresh produce) berjumlah lebih rm10 juta ke pasaran timur
  1. Pada program pelancaran hari ini, sejumlah enam belas (16) buah syarikat pks tempatan turut diberikan peluang untuk mempamerkan produk mereka secara bergilir-gilir di booth-booth pameran yang berlangsung bagi tempoh sepuluh (10) hari iaitu pada 22 ogos sehingga 31 ogos 2020. Para pempamer pks ini juga akan dipertimbangkan untuk disenaraikan di outlet-outlet lulu dengan keistimewaan pengecualian daripada dikenakan listing fee.

 

  1. Pihak lulu hypermarket & departmental store malaysia akan memberikan sijil khas sebagai tanda pengiktirafan kepada 5 pembekal pks bumiputera yang berprestasi tinggi yang telah mencatatkan nilai jualan tahunan yang sangat menggalakkan sepanjang tahun 2019 yang lepas.

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *