(SEMASA) PELAYARAN KEJELITAAN SAFI – MENYINGKAP RAHSIA KECANTIKAN ABADI

Spread the love

PHOTO 2

Wanita yang jelita adalah mereka yang yakin pada diri, diserlahkan pada raut wajah yang anggun dan menawan. Tingkah lakunya lembut sentiasa, tutur katanya sopan terjaga. Baginya, anugerah alam tidak dipersia. Rahsia kejelitaan yang dikongsi bersama menjadi epitome wanita berhati mulia.

PHOTO 11

Wajah ibarat kanvas hidup. Apa yang tercoret, itulah pada zahirnya. Gambaran kejelitaan hanya akan terpancar jika lukisannya lahir dari kelembutan hati dan jiwa. Sentuhan dan lorekan warna menambah ekspresi cantik seorang wanita. Ramai beranggapan yang kurang itu lebih baik. Tampil bersederhana akan tetap berseri jika betul caranya, rapi penjagaanya.

SAFI adalah wahana kecantikan wanita moden masa kini yang menyeluruh bermula mahkota keanggunan seorang wanita sehingga kulit wajah yang halus dan jelita. Teknologi formulasi hebat dari SAFI berupaya mengembalikan keremajaan raut wajah agar tampil muda dan yakin sentiasa. Rahsia alamiah yang terkitab dikongsi agar kejelitaan wajah menjadi milik semua.

PHOTO 6

SAFI jenama halal no.1 tempatan membawa 10 wanita terpilih beserta pasangan untuk memulakan sebuah pelayaran kejelitaan bagi menyingkap rahsia kecantikan abadi. Peraduan Mulakan Pelayaran Kejelitaan ini bertujuan untuk menggalakkan para wanita menjaga dan mengekalkan keremajaan seawal usia remaja agar kecantikan sempurna dapat dikecapi secara semula jadi. Hanya 3 langkah mudah perlu dilakukan peserta untuk menyertai peraduan yang bermula pada 1 Mac hingga 30 April 2015 lalu.

  1. Beli produk SAFI bernilai RM20 dan keatas
  2. Susun atur produk SAFI RANIA Gold mengikut lima langkah penjagaan kecantikan yang betul
  3. Melengkapkan pantun yang disediakan dengan kreatif

Setelah proses saringan dilakukan, 10 pemenang bertuah bersama pasangan telah dipilih untuk memulakan pelayaran kejelitaan selama 3 hari 2 malam di Pulau Langkawi. Pulau yang terkenal dengan mitos dan lagenda membuka gerbang perjalanan emas pada 9 Oktober yang lalu kepada 10 pasangan terpilih yang lebih dikenali sebagai Pelayar Jelita bagi mencari solusi kecantikan yang diimpikan selama ini.

Puan Mahsuri Sulaiman- konsultan SAFI berkata, “Pelayaran Kejelitaan SAFI merupakan acara kemuncak SAFI Fair 2015 yang telah berlangsung pada bulan Mac hingga April tahun ini. SAFI Fair merupakan acara tahunan yang diadakan bagi mempamerkan semua produk keluaran jenama SAFI di pasaraya. Melalui mekanisme ini, kami dapat mendekatkan diri serta berhubung terus dengan para pengguna setia SAFI serta memperkenalkan rangkaian produk jenama no.1 halal tempatan kepada pengguna baharu”.

Setelah menikmati panorama indah diatas awan biru selama 1 jam, kehadiran para Pelayar Jelita disambut baik oleh Norazura, seorang jurumudi pelancong tempatan. Kembara cantik ini sambut mesra dengan kemegahan Eagle Square sebagai destinasi pertama yang menjadi mercu tanda kebanggan rakyat Langkawi. 10 pasangan Pelayar Jelita tidak ketinggalan mengambil foto sebagai memori pelayaran mereka bersama SAFI. Mereka kemudiannya dibawa menaiki Cable Car yang menjadi penghubung Burau Bay Resort dengan puncak Gunung Machinchang sambil menikmati keindahan alam sekitar di udara. Bagi merehatkan tubuh yang letih seharian, Meritus Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi yang direka seperti rumah tradisional menyambut ketibaan para tetamu dengan penuh mesra.

Hari kedua merupakan hari yang dinanti-nantikan 10 pasangan Pelayar Jelita ini. Kembara cantik dimulakan dengan aktiviti menerokai pulau Langkawi dan kawasan sekitar menggunakan bot. Bermula dengan Pulau Beras Basah yang menjadi tempat untuk mereka menikmati air laut yang jernih dan bersih. Selepas berjalan di atas pasir pantai yang putih dan halus ini, bot berkuasa laju terus meluncur ke Pulau Dayang Bunting yang terkenal dengan air yang mampu menyuburkan peranakan wanita. Sepanjang perjalanan di atas bot, mereka turut berpeluang melihat ketangkasan sang helang mencari mangsanya di laut. Keindahan panorama semula jadi ini amat menggamit memori dan mengujakan mata yang memandang.

Kemuncak pelayaran kejelitaan yang menjadi agenda utama telahpun tiba. 10 Pelayar Jelita berpakaian indah dengan blaus rona ungu diraja beserta percikan palet putih susu hadir di atas kapal cruise mewah untuk majlis santapan keanggunan bersama RATU RANIA- Nora Danish. Sambil menikmati bias cahaya jingga matahari terbenam, tetamu berpeluang untuk beramah mesra dengan Nora Danish bagi mendapatkan solusi kecantikan wajah sebenar agar tampil muda remaja secara semula jadi.

“Aura kejelitaan seseorang wanita itu terzahir daripada sifat disiplin mereka dalam memelihara dan merawat kulit wajah dengan penggunaan rangkaian produk yang bersesuaian secara berterusan agar kulit wajah mendapat manfaat sepenuhnya. Umpama pelayaran mengemudi sebuah kapal, hanya yang berdisiplin dan patuh akan sampai ke destinasi” ulas Nora Danish, menekankan tentang konsep disiplin dalam penjagaan raut wajah.

Bagai terjumpa emas di lautan, para Pelayar Jelita kelihatan amat teruja mendengar tips penjagaan dan rejim kecantikan emas SAFI RANIA Gold oleh Nora yang menjadi resipi warisan seluruh wanita SAFI. Kata seorang daripada 10 Pelayar Jelita, cik Norul Hernani binti Abd Latif, “Inilah pelayaran terindah buat saya dan suami. Solusi kecantikan abadi telah saya temui dan semestinya khasiat terkitab alamiah yang hadir dari inovasi kecantikan SAFI akan saya kongsikan bersama rakan. Terima kasih Nora, terima kasih SAFI atas pengalaman ini”

Untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMALAYSIA, laman instagram SAFI @safimalaysia dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *