(SEMASA) PERASMIAN BAZAR “JOM RAYA FEST 2023” SHAM ALAM SELANGOR

Spread the love

BAGAIKAN rutin tahunan, apabila tibanya bulan Ramadan kerjaya seni sesetengah artis direhatkan buat sementara waktu sambil memberi sepenuh tumpuan kepada ibadah puasa. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebahagian artis-artis tempatan mengambil peluang ini untuk menambahkan sumber pendapatan masing-masing.

Bagi penduduk sekitar Shah Alam, Selangor, bazar JOM RAYA FEST 2023 telah dilancarkan pada 12 April 2023 yang lalu. Bertindak sebagai penganjur penyelamat setelah penganjur utama telah menarik diri sebulan sebelum Ramadhan, pemilik Lebar Unggul, Puan Norazira Mohamed mendengar keluhan para peniaga yang lebih awal mendaftar dan telah membelanjakan kos yang besar untuk pembelian stok perniagaan dan mengambil risiko untuk meneruskan program bazar tersebut.

Menghimpunkan lebih 100 vendor-vendor pakaian, makanan dan lain-lain serta penglibatan artis dan incluencer dalam mempromosikan produk jualan mereka antaranya Haqiem Rusli, Chod, Shah Iskandar, Liza Rafar, Riza Mahmud, Farra zainuddin, Ako Mustapha, Zaki Yamani, Rozie Othman, Amai Kamarudin, Eina Azman dan Amar Asyraf.

Terdapat juga aktiviti-aktiviti sampingan Supa Dupa (taman kanak kanak), Rumah hantu, Mini zoo , Kereta Api, pertandingan mewarna untuk anak anak, Meet & Greet Celebrities dan tazkirah serta pertandingan karaoke.

JOM RAYA FEST 2023

12 April- 21 April 2023

Tapak Karnival Shah Alam

Masa : 3pm-12pm


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *