BAGAIKAN rutin tahunan, apabila tibanya bulan Ramadan kerjaya seni sesetengah artis direhatkan buat sementara waktu sambil memberi sepenuh tumpuan kepada ibadah puasa. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebahagian artis-artis tempatan mengambil peluang ini untuk menambahkan sumber pendapatan masing-masing. Read more →
Tag: Amar Asyraf
(HIBURAN) Sajian Program Menarik Menyemarakkan Sambutan Syawal di TV3 & TV9
“Syukur Selalu” merupakan kempen Ramadan & Raya yang sedang rancak berlangsung menerusi rangkaian televisyen Media Prima, TV3 & TV9 dan juga online portal Tonton. Selain program TV yang disediakan khas buat tontonan ramai, kempen ini turut dimeriahkan dengan dua Bazar Syukur Selalu di Temerloh, Pahang (27 Jun) dan Johor Bahru, Johor (4 Julai) serta kunjungan Skuad Syukur Selalu ke bazar – bazar Ramadan di sekitar Lembah Klang. Read more →
(HIBURAN) Slot Azalea drama “Duri Di Hati” di TV3
Sebuah Tragedi, Mengubah Segalanya…
Alif di mana pada usia yang masih mentah, dia sudah dibebani pelbagai masalah kerana dia anak seorang pelacur. Mampukah Alif bersabar dengan dugaan yang menimpanya? Menyusuli drama siri “Kerana Sarah”, saksikan sebuah lagi drama di slot Azalea berjudul “Duri Di Hati” yang telah pun mula bersiaran pada 14 Mac 2013 yang lalu setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang. Drama terbitan Pena Creative Sdn Bhd yang diarahkan oleh pengarah Michael Ang dan skrip yang ditulis oleh Mazelan Manan menampilkan pelakon-pelakon handalan seperti Amar Asyraf, Hairi Safwan, Marsha Londoh, Adam Shah, Dato’ Jalaluddin Hassan, Tengku Sarina (Kuna), Faralyna dan ramai lagi.