(SEMASA) Philips Memantau Kediaman Anda Menerusi In.Sight

Spread the love

Cushions on a couch in a living room

Cushions on a couch in a living room

Pernahkah anda keluar dari rumah tanpa rasa bimbang? Walaupun anda telah mengambil semua langkah keselamatan, anda tetap bimbang rumah mungkin dipecah masuk.

Gibson_001

Dengan monitor kediaman HD tanpa wayar Philips In.Sight M120E, anda kini boleh memantau rumah ketika anda berada di luar. Hanya bersaiz 65 x 114 x 65mm, anda akan mendapati ia cukup mudah dipasang di mana-mana sahaja di dalam rumah. Apabila In.Sight disambungkan dengan Wi-Fi, anda boleh melihat video dan mendengar audio rumah anda menggunakan telefon pintar atau tablet menerusi aplikasi InSightHD (boleh didapati di Apple Store dan Google Play).

Menurut Ketua Perniagaan Gibson Innovations Malaysia, Andrew Tan, pengenalan Philips In.Sight M120E membuktikan usaha berterusan pihaknya untuk membawa produk-produk inovatif ke pasaran yang mampu meningkatkan kehidupan para pengguna di Malaysia.

“Philips In.Sight membuktikan fokus kami untuk membangunkan satu siri produk yang terhubung, dengan cara memanfaatkan kepakaran kami dalam teknologi-teknologi termaju menerusi aplikasi terbaik. Ini bagi memberikan para pelanggan pengalaman yang luar biasa ketika menggunakan telefon pintar atau tablet mereka,” tambah Andrew Tan.

Gibson Innovations (sebelum ini dikenali sebagai WOOX Innovations), sebuah syarikat di bawah Gibson Brands dan pemegang lesen jenama Royal Philips baru-baru ini memperkenalkan rangkaian lebih 100 produk melibatkan empat kategori utama. Ia merangkumi bar bunyi (soundbar), headphone, sistem bunyi kediaman dan produk-produk bunyi keliling (surround-on-demand) yang menawarkan kualiti bunyi terbaik.

Melihat di dalam Gelap
Keupayaan padangan malam infra merah Philips In.Sight membolehkan anda memantau kediaman dengan jelas, biarpun pada waktu malam. Mode pandangan pada waktu malam boleh diaktifkan dan dinyahaktifkan secara automatik tanpa sebarang masalah.

Lensa sudut luas ekstra untuk pandangan yang lebih luas
Tiada ruang yang terlepas daripada pemantauan. Menerusi lensa binaan dalam 102 darjah, Philips In.Sight meningkatkan tahap pandangan bilik anda dengan lebih luas berbanding monitor-monitor lain.

Pemasangan mudah melalui kod QR
Pemasangannya adalah semudah ABC dengan bantuan In.Sight+. Aplikasi itu akan menghasilkan satu kod QR untuk tetapan Wi-Fi rumah anda. Dengan kod QR, monitor akan dipadankan secara auomatik dengan rangkaian Wi-Fi, cukup mudah dan pantas.

Amaran & Notifikasi untuk keselamatan
Telefon anda akan menerima notifikasi apabila In.Sight mengesan pergerakan dan bunyi. Dengan amaran dan notifikasi ini, anda tidak perlu memantau kediaman sepanjang masa.

Bukan sekadar Melihat, Boleh Bercakap juga
Ucapkan “Hello” kepada yang tersayang di rumah ketika anda berada di luar. Monitor In.Sight bukan sekadar boleh memantau kediaman, malah dengan hanya menekan butang “talk” pada In.Sight+ anda boleh berkomunikasi dengan mereka yang berada di rumah.

Monitor kediaman HD tanpa wayar Philips In.Sight M120E boleh didapati di para penjual sah di seluruh negara pada harga RM629+6% GST.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *