(SEMASA) PORTAL BELI-BELAH ATAS TALIAN ROOPAWAN DILANCARKAN SECARA RASMI

Spread the love

Kuala Lumpur, 18 Mei 2017 – Portal membeli-belah atas talian, Roopawan (www.roopawan.com) telah dilancarkan secara rasmi pada 16 Mei 2017 lalu oleh YTM Raja Dato’ Seri Azureen Binti Sultan Azlan Shah, Dato’ Mohamed Zain Abdul Malek (Presiden Kelab Rakan Malaysia), Dato’ Siti Hendon (Presiden Perak Ladies Club) dan Dato, Hajah Zuraida (Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia) bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Portal Roopawan yang menyenaraikan lebih 50 vendor tempatan dan antarabangsa menerusi platform e-dagangnya memfokuskan kepada pasaran fesyen Muslim, produk kecantikan halal termasuk kelengkapan ibadah.

Semenjak diperkenalkan mulai Ogos 2016 yang lalu, Roopawan telah mencatatkan sehingga 222,661 bilangan paparan halaman dan 18,244 jumlah pelawat unik. Antara jenama fesyen yang ditawarkan termasuk Al Emira, Annise & Babes (milik selebriti Anis Al-Idrus), Aisha Wong Couture, Baju Foundry, Bunkface (milik artis berkumpulan Bunkface), Celovis, Gung Jewellery, K’EET Jewels, Lila Majnun, Vermillion (milik pelakon Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah) dan Dokoh yang popular di kalangan selebriti. Antara jenama antarabangsa yang menyertai termasuk Tawaf Watch (United Kingdom), sejadah Qenza (Australia), serta jenama Muslim lain dari Kanada, Korea dan Indonesia.

Pada majlis yang turut dihadiri oleh tetamu kehormat YTM Raja Dato’ Seri Azureen Binti Sultan Azlan Shah, kempen #LebaranRoopawan turut diperkenalkan menampilkan seleksi fesyen Aidilfitri 2017. Antara jenama yang diperagakan termasuk Nawre, Eddymohaizz, FAKL x Hijrah Couture, Bajufoundry, Syaraz Couture, Tuhfah selain koleksi oleh Karyaneka. Peragaan fesyen Aidilfitri pada majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan istimewa oleh Ismail Izzani selain kehadiran selebriti remaja Nabila Razali, Mia Sara dan lain-lain.

“Kami komited untuk terus menyahut agenda kerajaan dalam memacu perniagaan e-dagang di Malaysia. Malah, Roopawan mahu membawa nama Malaysia ke persada dunia menerusi penembusan pasaran ke seluruh Asia Tenggara kelak menerusi strategi pemasaran yang berkesan selain sokongan pelabur berpotensi,” ujar Mohd Fuad Mohd Noor, pengasas bersama Roopawan.

“Roopawan menyasarkan kepada pasaran Muslim yang meluas bukan sahaja di Malaysia malah ke seluruh dunia. Roopawan melihat potensi dunia perniagaan atas talian Muslim yang belum diteroka sepenuhnya, justeru Roopawan dilihat berada pada kedudukan strategik untuk berkembang lebih jauh,” menurut Siti Amalina Ariffin, pengasas bersama Roopawan.

Majlis pelancaran rasmi portal membeli-belah atas talian, Roopawan hari ini turut mendapat tajaan lokasi rasmi oleh Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay Kuala Lumpur.

Untuk menikmati pengalaman membeli-belah mudah dan ringkas di Roopawan, layari laman portal www.roopawan.com hari ini. Ikuti perkembangan terkini produk baharu di Roopawan menerusi laman media sosial Facebook @roopawan atau Instagram @roopawan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *