(SEMASA) PREBIU EKSKLUSIF PELANCARAN AIS KRIM TERBAHARU MAGNUM MELALUI PENGALAMAN GASTRONOMI MOLEKULAR

Magnum Black Espresso 3D_Front-horz

Apabila berbicara tentang citarasa dan nikmat penuh kemewahan, reputasi ais krim MAGNUM di kalangan penggemar ais krim mewah adalah yang terbaik di dalam dunia.  Terkenal dengan keunikan dan kemewahan rasanya, MAGNUM ingin terus memberikan para Pleasure Seekers pengalaman nikmat coklat terhebat.

Magnum Black_Wrapper-vert

Sejajar dengan visi ini, MAGNUM dengan bangganya memperkenalkan MAGNUM PINK dan MAGNUM BLACK dua perisa ais krim terbaharu dari jenama ini. Kedua-dua ais krim ini boleh didapati di dalam dua warna yang berbeza, setiap satu dicipta dengan penuh ketelitian, khususnya untuk melengkapkan personaliti berbeza setiap individu pada detik-detik berbeza dalam sehari.

MAGNUM telah membawa rakan – rakan media dan para Pleasure Seekers untuk menikmati pengalaman rasa yang luar biasa melalui sebuah sesi pengalaman eksklusif citarasa gastronomi molekular bertempat di MAGNUM Kuala Lumpur. Majlis ini dianjurkan sebagai prebiu eksklusif sebelum MAGNUM PINK dan MAGNUM BLACK dilancarkan secara rasmi pada Mac 2016.

Majlis yang eksklusif itu dimulakan dengan sesi MAGNUM Moodology – satu ujian mood / personaliti yang menyeronokkan direka khusus untuk membantu para Pleasure Seekers mengenal pasti warna MAGNUM Mood mereka pada waktu tersebut.

Seterusnya para tetamu diperkenalkan kepada keunikan seni gastronomi molekular yang menakjubkan oleh Chef Isadora Chai, seorang chef dan pemilik restoran yang terkenal. Beliau berkongsi bagaimana personaliti dan mood berbeza setiap individu yang dipersembahkan oleh MAGNUM PINK dan MAGNUM BLACK memberikan inspirasi kepada beliau untuk mencipta dua pemanis mulut yang menyerlahkan setiap personaliti tersebut.

Melalui demonstrasi teknik kulinari molekular yang digunakan oleh beliau, kombinasi seleksi bahan -bahan eksotik telah dipadankan dengan nikmat citarasa penuh kemewahan Coklat Belgian MAGNUM yang ikonik bersama Coklat Tanzania, sebuah khazanah bernilai tinggi  dan eksotik yang terhasil dari bijian koko yang dituai dari Afrika.

“Coklat Tanzania adalah sejenis coklat eksotik yang berasal dari Tanzania. Mereka terkenal dengan coklat gelap yang memberikan rasa coklat yang kuat dan elegan bersama sedikit rasa pahit dan kandungan asid yang rendah. Ada yang berpendapat ianya kompleks tetapi seimbang – dengan rasa yang menarik! Seperti yang kita semua ketahui, Coklat Belgian adalah diantara coklat yang terbaik, dicipta khusus untuk para kerabat diraja dan bangsawan. Keunikan coklat ini dizahirkan melalui seleksi bahan –bahan berkualiti tinggi, teknik pemprosesan yang eksklusif serta kawalan kualiti yang ketat”, ujar Shawn Tan, Ketua Kategori (Ais Krim) Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

Magnum Black_Vert-horz

Chef Isadora mempersembahkan dua hidangan istimewa yang menggabungkan keunikan dan kemewahan rasa Coklat Belgian dan Coklat Tanzania dengan sentuhan rasa tersendiri menggunakan bahan–bahan seperti buah Delima dan Espresso. Kombinasi keunikan rasa Coklat Belgian dan buah Delima menyerlahkan personaliti yang ceria, mesra dan menarik; manakala nuansa kombinasi rasa Espresso dan Coklat Tanzania pula menyerlahkan personaliti individu penuh keyakinan, elegan dan sofistikated.

Sehingga hari ini, reputasi terunggul ais krim MAGNUM sebagai peneraju jenama ais krim mewah dipersembahkan melalui kepakaran coklat mereka kepada penggemar ais krim seluruh dunia dengan pilihan pelbagai jenis seleksi rasa dan saiz. Pelancaran kedua-dua variasi terbaharu ais krim MAGNUM yang dinanti-nantikan ini pada Mac 2016 akan menjadi sebahagian dari sejarah pengalaman nikmat citarasa mewah MAGNUM serta terus memperhebat keutuhan dan keunikan jenama ais krim ikonik ini. Para Pleasure Seekers akan dapat menikmati keunikan citarasa mewah coklat dan ais krim melalui penganjuran beberapa siri aktiviti pengguna, peraduan digital serta promosi di dalam kedai.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai MAGNUM PINK dan MAGNUM BLACK serta warna MAGNUM Mood anda, sila layari www.MagnumPinkandBlack.com.my. Untuk informasi terkini dan secara langsung, sila layari laman Facebook rasmi MAGNUM Malaysia di https://www.facebook.com/MagnumMalaysia dan laman Instagram rasmi MAGNUM Malaysia di https://www.instagram.com/Magnum_My/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *