Kemeriahan Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi menjadi satu inspirasi UMNO bahagian Cheras bersama pergerakan wanita, pemuda dan puteri dalam melaksanakan program Program Kacau Dodol (31 kawah) & Bakar Lemang (1000 batang) di kawasan pengudi Cheras sebentar tadi. Program yang dirasmikan oleh YB Datuk Hajjah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun yang merupakan Timbalan Menteri Wanita & Pembangunan Masyarakat dan merupakan Naik Ketua Wanita UMNO Malaysia sambil diiringi oleh YB Datuk Hajah Zurainah Musa yang merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Cheras.
Seramai hampir 620 orang bersama-sama mengacau dodol dan membakar lemang pada malam tadi disamping itu juga terdapat juga penglibatan masyarakat setempat dan barisan peserta dari NGO-NGO berhampiran juga pelajar-pelajar IPTA/IPTS tempatan. Setiap cawangan UMNO bahagian Cheras ditugaskan menguruskan satu kawah dodol dan juga lemang serta dibantu oleh masyarakat tempatan dan para peserta jemputan khususnya generasi muda dalam usaha memupuk semangat gotong royong dan kerjasama antara dua generasi muda dan golongan lama.
Para peserta program juga berpeluang untuk bersahur dengan Ketua Puteri UMNO Malaysia iaitu YB Mas Ermiyanti Shamsuddin sekitar jam 3 pagi ini nanti. Program akan diteruskan dengan program agihan 3100 bekas dodol dan 1000 batang kepada org awam dan masyarakat setempat pagi nanti.