(HIBURAN) “Adnan Sempit Sawadikap” satu kelainan

Spread the love

Adnan Sempit SawadikapGMO

MIG melakar sejarah buat pertama kalinya di dalam industri perfileman Malaysia apabila menjadi syarikat pertama menerbitkan filem sekuel sehingga siri ke 4. Filem “Adnan Sempit” merupakan antara lubuk terbaik penerbitan MIG yang tidak pernah mengecewakan dengan menjana kutipan yang besar setiap kali ditayangkan. Filem ini bermula dengan kejayaan kutipan RM7.6 juta untuk ‘Adnan Sempit’ , diikuti dengan sekuel ke 2 iaitu ‘Adnan Sempit 2’ yang menjana kutipan lebih cemerlang sekitar RM9.5 juta dan ‘Adnan Sempit 3 ‘ menjana kutipan bersih sekitar RM4.8 juta.  Masih mengekalkan gandingan asal antaranya seperti Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Along Cham dan Yana Shamsudin disamping penampilan istimewa bakat dari Thailand iaitu aktres, Lalisa Sontirod. Hampir 95 % proses pengambaran ini dilakukan di kotaraya Bangkok, Thailand.

adnan sawadikapGNMO

SINOPSIS

Adnan Sempit Sawadikap mengisahkan Adnan bersama isterinya Nadia dan anak mereka ingin pergi bercuti sambil menjalankan perniagaan di Thailand bersama kawan baik mereka Bobby dan Wawa. Walaubagaimanapun, Nadia sengaja menghilangkan passport beliau kerana ingin mengambil peluang untuk tidak mahu menjaga anaknya di samping Bobby dengan sengaja menghilangkan passport Wawa dalam usaha beliau untuk berhibur sendirian di Thailand. Segala kekecohan berlaku bemula apabila Adnan secara tidak sengaja menyebabkan bayi beliau hilang di Bangkok. Beliau yang mengesyaki anaknya diculik oleh seorang perempuan di Bangkok cuba mengejar dan mencari perempuan tersebut. Bermula la cabaran dan dugaan Adnan dan Bobby dalam usaha mereka mencari jawapan kehilangan bayi tersebut. Apa kah kesudahan filem ini ? Saksikan filem ‘Adnan Sempit Sawadikap’ yang akan ditayangkan pada 7 Ogos 2014 ini di pawagam berdekatan dengan anda.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *