(SEMASA) Raikan Aidilfitri dengan Gaya dan Penjimatan Besar di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang 

Spread the love

Indulge in festive shopping at the Mitsui Outlet Park KLIA Sepang - The Ultimate Shopping Destination

SEPANG, 7 Jun 2016 – Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang telah menyediakan suasana yang istimewa di mana para pengunjung boleh bersantai, membeli-belah dan menjamu selera, sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

Bermula dari 4 Jun 2016 sehingga 10 Julai 2016, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang mengadakan jualan khas fesyen pakaian eksklusif untuk wanita di Sunshine Square. Untuk menambah suasana riang perayaan, seluruh Sunshine Square dihiasi dengan barisan pondok bergambar (photo booth) suasana perayaan dan sebuah gazebo bagi membolehkan pengunjung merakam gambar kenangan bersama orang tersayang.

Untuk menggalakkan semangat memberi pada bulan yang mulia ini, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang turut menganjurkan pelbagai tawaran dan promosi, termasuk penjimatan sehingga 90% serta hadiah percuma daripada kedai-kedai yang mengambil bahagian. Antara produk yang ditawarkan di pusat membeli-belah outlet ini termasuk pakaian fesyen berkualiti, aksesori, kasut, beg tangan, pakaian kanak-kanak, kosmetik dan minyak wangi, produk isirumah, coklat dan konfeksi, jam tangan dan barang kemas.  Semua keperluan untuk semua orang terdapat di sini, menjadikan pusat membeli-belah outlet ini destinasi beli-belah sehenti yang lengkap. Antara jenama yang disediakan adalah Bally, Polo Ralph Lauren, Versace, Brooks Brothers, Hackett London, Outlet by Club 21, Aigner, Sacoor Brothers, Tommy Hilfiger, DVF, Bonia, Guess, Hush Puppies, Swarovski, Pepe Jeans, Cole Haan, Diamond & Platinum, Noritake, Akemi Uchi, Trudy & Teddy, Chateau de sable dan banyak lagi.

In conjunction with Ramadhan, a Special Fair of Raya Fashion Wear takes centre stage at the Sunshine Square

“Bersempena perayaan Aidilfitri kali ini, pihak Mitsui Outlet Park KLIA Sepang telah menghimpun sejumlah tawaran yang hebat yang boleh diterjemah sebagai penjimatan besar bagi para pengunjung dan pembeli-belah.  Berkonsepkan pusat beli-belah diskaun (outlet mall), pusat membeli-belah ini berupaya menyediakan diskaun istimewa setiap hari sepanjang tahun. Terutamanya buat musim perayaan ini, gedung outlet ini menambahkan nilai untuk dinikmati para pembeli-belah, dalam bentuk penjimatan, keistimewaan, hadiah dan ganjaran,” jelas Encik Yuta Inoue, Pengurus Besar, MFMA Development.

Pengunjung, pembeli-belah dan masyarakat sekeliling boleh menikmati juadah berbuka puasa di mana-mana restoran, kafe dan medan selera yang terdapat di pusat membeli-belah outlet ini.  Setakat ini, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang menjadi pilihan pelbagai restoran antarabangsa yang baru bertapak di Malaysia seperti Gao! Gao!, Beryl’s Chocolate & Café dan Para Thai. Eksklusif pada bulan Ramadhan ini, restoran Hidang menyedia sajian buffet masakan Melayu, manakala Para Thai menyediakan sajian Masakan Thai tulen, merangkumi set menu yang lazat lagi sedap. Beryl’s Chocolate & Café menyajikan Bakul Hadiah Raya, serta pemanis mulut Wafel istimewanya, yang dihidang dengan Salad Buahan dan Gelato Buatan Sendiri, serta banyak lagi.

Tambah Inoue, “Mitsui Outlet Park KLIA Sepang terletak di lokasi strategik di KLIA. Pengunjung beragama Islam boleh berbuka puasa di mana-mana restoran di sini serta menunaikan solat terawih di Masjid KLIA (Masjid Sultan Abdul Samad), yang terletak dalam lingkungan 1km sahaja daripada pusat membeli-belah outlet.”

Bagi keselesaan dan kemudahan para pengunjung, pusat membeli-belah outlet ini menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan termasuk sebuah surau, mesin ATM, pertukaran matawang asing, kedai alterasi pakaian, termasuk khidmat pinjaman kerusi roda dan kereta sorong. Kanak-kanak boleh bermain-main di ruang taman permainan dan pusat hiburan mini yang disediakan di pusat membeli-belah outlet ini.

Pusat membeli-belah outlet ini juga menyediakan pelbagai perkhidmatan khusus untuk mereka yang berada dalam perjalanan seperti Khidmat Kiosk Daftar Masuk Layan Diri, Sistem Paparan Maklumat Penerbangan, serta kemudahan menyimpan bagasi secara percuma. Ia juga menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk kenaikan pergi-balik dari KLIA dan klia2.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran dan promosi yang akan datang di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, sila layari www.mitsuioutletparkklia.com.my atau www.facebook.com/MOPKLIA.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *