(SEMASA) RASAI PENGALAMAN PENGHANTARAN PADA HARI SAMA & PRODUK YANG ASLI DI APLIKASI FASTENTIX

Spread the love

Fastentix merupakan sebuah aplikasi yang menggabungkan marketplace dan logistik. Aplikasi Fastentix dibangunkan sebagai satu ekosistem penjualan dan pembelian yang membantu para usahawan menjual produk yang asli serta penghantaran produk pada hari sama.

Bakal dilancarkan pada umum dalam masa terdekat. Fastentix merupakan aplikasi marketplace yang diasaskan oleh Puan Ernayanee Nur Binti Julaimi, yang juga merupakan Founder kepada produk wangian De’Xandra.

Aspirasi Puan Ernayanee Nur untuk membangunkan Fastentix bermula pada tahun 2018, apabila berlakunya masalah produk tiruan yang kerap membelenggu para usahawan dan wujudnya perang harga produk yang dijual di marketplace sedia ada di Malaysia.

Isu produk tiruan ini membawa kerisauan kepada para usahawan dan apa yang lebih membimbangkan adalah ianya membawa kepada kerugian besar kepada perniagaan mereka. Sejak itu, inisiatif untuk melakukan Resarch & Development (R&D) sebagai solusi kepada permasalahan ini dijalankan sehingga terlahirlah aplikasi Fastentix.

Aplikasi Fastentix yang dibangunkan 100% oleh anak tempatan Malaysia ini menjadi solusi kepada masalah yang dihadapi oleh para usahawan. Di Fastentix, para usahawan dan reseller-reseller lain dapat berniaga dengan lebih harmoni, tanpa berlakunya perang harga.

Bukan hanya tertumpu kepada usahawan sahaja, Fastentix juga membawa misi yang jelas iaitu menyediakan perkhidmatan penghantaran produk yang dibeli oleh pengguna pada hari yang sama, dan hanya menjual produk yang asli sahaja. Para pengguna dapat merasai pengalaman membeli produk yang diingini dengan rasa selamat tanpa rasa ragu.

‘‘Kalau Grab boleh buat Your Car is Our Car,di Fastentix kami juga terapkan ‘Your

Home is Our Home’. Misi dan Visi Fastentix yang jelas iaitu penghantaran produk pada hari sama dan pembelian hanya produk yang asli sahaja pasti akan memudahkan kehidupan seharian kita.

Dengan kepesatan teknologi sekarang, kita tidak boleh lari daripada trend semasa.

Rakyat Malaysia perlu lebih terbuka untuk explore teknologi sekarang. Ini termasuklah aplikasi Fastentix, teknologi baru yang dibangunkan, yang pastinya akan memudahkan kita mendapatkan produk asli yang diingini pada hari yang sama. Bayangkan Fastentix sebagai ‘yellow pages’ di setiap kawasan kita, menarik bukan?”  Puan Ernayanee Nur Julaimi, Ketua Pegawai Eksekutif, Blyon Fastentix Sdn Bhd 

SERVIS PENGHANTARAN PADA HARI YANG SAMA & PRODUK YANG ASLI

Aplikasi Fastentix memfokuskan sistem marketplace supply chain (B2C & B2B) yang membezakan ianya dengan aplikasi marketplace yang lain. Struktur sistem yang teratur ini menjadikan keselamatan teknologi dan keaslian aplikasi Fastentix lebih terjamin.

MENJANA EKONOMI NEGARA

Idea pembangunan aplikasi Fastentix ini juga merupakan sebuah perjuangan yang dibawa oleh Puan Ernayanee untuk meningkatkan taraf ekonomi Malaysia dan memberikan kestabilan bisnes kepada usahawan di Malaysia

Fastentix memberi peluang kepada para usahawan, tidak kira kecil atau besar untuk menjadi FastMerchant di Fastentix. Secara tidak langsung dapat membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia untuk berniaga, sekaligus dapat menjana eknonomi negara.

Kini, anda tidak perlu risau tentang penghantaran produk yang lambat. Aplikasi Fastentix memudahkan anda untuk membeli produk yang asli dan dapat produk pada hari yang sama melalui reseller produk yang berhampiran dengan anda. Bertepatan dengan slogan Fastentix, Bring Us Closer.

Dapatkan info terkini mengenai Fastentix dengan layari laman sesawang Fastentix di https://fastentix.com/& Media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram-Fastentix


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *