(SEMASA) SAFI COMPLETE CARE – Rangkaian lengkap dengan 7 aksi penjagaan mulut optimum dari SAFI jenama halal No.1 tempatan

Spread the love

Safi Complete Care_RangeShot

SAFI mengukir senyuman buat anda dengan memperkenalkan inovasi produk terbaharunya SAFI Complete Care – rangkaian lengkap produk penjagaan mulut diperkaya dengan formula dan ramuan antiseptik  herba asli yang diperakui secara saintifik untuk memberikan perlindungan optimum.

Rangkaian SAFI Complete Care merupakan sebuah lagi inovasi teknologi produk SAFI jenama Halal No.1 tempatan yang memenuhi kehendak keperluan pengguna muslim moden kini yang ingin produk kecantikan dan penjagaan diri terkini dan Halal, seiring dengan kehendak syarak.

Formulasi sains alamiah SAFI Complete Care yang diperakui secara klinikal ini diperhebat dengan agen anti bakteria Tri – P. Ia bertindak secara bersepadu dengan ramuan asli yang mampu melawan 7 masalah utama kesihatan mulut disamping memberi dwi perlindungan daripada bakteria sehingga 12 jam.

SAFI Complete Care terdapat dalam bentuk Ubat gigi dan ubat kumur yang setiap satunya hadir dalam dua variasi, untuk melengkapkan keperluan khusus kesihatan mulut setiap pengguna.

SAFI Complete Care Ubat Gigi dan Ubat Kumur Tanpa Alkohol – Kayu Sugi & Sirih:

  • Memutih dan menguatkan gigi
  • Menghalang pembentukan bakteria dan mencegah nafas berbau
  • Melindungi gigi melalui proses pemineralisasian gigi
  • Ia juga mengandungi ekstrak pudina yang berfungsi untuk menyegarkan nafas

SAFI Complete Care Ubat Gigi dan Ubat Kumur Tanpa Alkohol – Limau Kasturi:

  • Diperkaya dengan Vitamin C untuk menguatkan gusi
  • Melindungi gigi melalui proses pemineralisasian gigi
  • Mengandungi ekstrak pudina ekstra untuk mencegah masalah nafas berbau dan memberi nafas segar berpanjangan

Alami 7 manfaat ekstrak semulajadi rangkaian SAFI Complete Care:

 

7 manfaat Ubat Gigi SAFI Complete Care 7 Manfaat Ubat Kumur SAFI Complete Care
1) Anti – Bakteria (12 Jam)

2) Anti – Tartar

3) Anti – Plak

4) Anti – Kaviti

5) Menguatkan Gusi

6) Memutihkan Gigi

7) Nafas Segar Berpanjangan

1) Anti – Bakteria (12 Jam)

2) Mencegah Kekeringan Mulut

3) Anti-Plak

4) Anti – Kaviti

5) Menguatkan Gusi

6)Memutihkan Gigi

7)Membersih bahagian yang sukar diberus

 

Hadir dalam rekabentuk bungkusan produk terkini, rangkaian SAFI Complete Care – Ubat Gigi (160 g) dipasarkan pada harga – RM 5.60 (Semenanjung Malaysia) / RM 5.90 (Sabah & Sarawak). Rangkaian SAFI Complete Care – Ubat Kumur (250 ml) dipasarkan pada harga – RM 6.90 (Semenanjung Malaysia) / RM 7.20 (Sabah & Sarawak). Dapatkan ia diseluruh pasaraya utama, farmasi dan kedai runcit terpilih.


Spread the love

One comment on “(SEMASA) SAFI COMPLETE CARE – Rangkaian lengkap dengan 7 aksi penjagaan mulut optimum dari SAFI jenama halal No.1 tempatan

  1. awang soh says:

    Sayang Safi dah mula tidak mengutamakan bahasa kebangsaan pada label produknya, manakala tulisan jawi pun dah tidak kelihatan lagi. Harap Safi menyedari ini. Sayang Safi. Produk berhemah bahasanya berhemah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *